Sebelum dari itu beliau pernah berkhidmat sebagai pegawai media kepada ketua pemuda PAS Suhaizan Kayat, dan kekal bersama parti itu sehingga krisis kepimpinannya pada tahun 2015, yang akhirnya menyaksikan golongan ' acah – acah profesional' digulingkan oleh kem ulamak.
Setelah mengambil jalan yang berbeza, Sheikh Omar Ali memilih untuk tidak menyertai AMANAH, tetapi sebaliknya, menyertai DAP. Keputusan yang begitu janggal ini melayakkan DAP mempergunakan beliau bagi membuktikan kepada umum bahawa kununnya DAP bukanlah sebuah parti yang rasis walhal hakikatnya, kedudukan dan pangkat yang mereka beri kepada golongan ini hanyalah mempunyai maksud disebaliknya. Tetapi apa boleh buat, kedudukan, harta dan wang adalah mampu mengoda maruah dan prinsip hidup seseorang.
Melihat dari sisi pandang seorang muslim, kita hanya mahu bersangka baik bahawa DAP sebenarnya tidak berjaya mengDAPkan beliau secara keseluruhan. Ini kerana terlalu banyak kemungkaran yang DAP sorok selama ini ditonjolkan dengan bangganya selama 22 bulan mereka memayungi kerajaan PH. Sedikit sebanyak terdetik iman dihati beliau apabila melihat Kerajaan Melayu / Islam dibawah Perikatan Nasional berjaya menguruskan kerajaan dengan cemerlang dalam masa 100 hari ini walaupun berhadapan dengan pendemik covid 19 dan keadaan politik yang tidak menentu.
Apa pun perbincangan beliau ketika bertemu Perdana Menteri kita hanya harapkan bahawa ada sinar untuk beliau kembali kepada fikrah politik yang lebih menguntungkan agama, bangsa & negaranya. Insyallah..
Yeop KaraiSeorang pesara tentera, pemikir politik & Juara Dam Haji Warong Pak Mat Pulau Tiga Kampung Gajah. Kini pencinta Nasi Kandar sepenuh masa
# sumber Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt............oo000oo...........MINDARAKYAThttp://mindarakyat.blogspot.com/mindarakyat@gmail.com
©1439 Hakcipta Tak TerpeliharaAnda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
No comments:
Post a Comment