Wednesday, June 24, 2020

Anak Mat Sabu kena penjara 8 bulan

Mahkamah Majistret Kuala Lumpur hari ini menjatuhkan hukuman penjara lapan bulan ke atas anak bekas menteri pertahanan Mohamad Sabu, Ahmad Saiful Islam atas kesalahan penyalahgunaan dadah, pada awal tahun lalu.

Majistret Mohamad Aizat Abdul Rahim membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya menimbulkan kes melampaui keraguan.

Dia juga memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara bermula hari ini dan diletakkan di bawah pengawasan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dan polis selama dua tahun sebaik selesai menjalani hukuman penjara.

Tertuduh sebelum ini mengaku tidak bersalah di mahkamah sama pada 13 Jun 2019 atas tuduhan menyalahgunakan dadah di sebuah pusat hiburan di ibu negara pada Januari tahun lalu.

Anak ketiga presiden Amanah itu ditahan dalam Op Pusat Hiburan Bersepadu oleh anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, pada jam 12.30 tengah malam.

Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 15(1) (a) Akta Dadah Berbahaya yang membawa hukuman penjara dua tahun atau denda hingga RM5,000 atau kedua-duanya sekali.

 

Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........MINDARAKYAThttp://mindarakyat.blogspot.com/mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS ©1439 Hakcipta Tak TerpeliharaAnda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

No comments:

Post a Comment