Tuesday, June 16, 2020

Bekas setpol terkejut Dr M temui Anwar, rayu jawatan PM

KUALA LUMPUR: Bekas setiausaha politik Dr Mahathir Mohamad sangat terkejut bekas majikannya itu sanggup bertemu Presiden PKR, Anwar Ibrahim dan sanggup merayu semula jawatan perdana menteri.

Zahid Md Arip berkata tidak mudah bagi beliau untuk mengulas tentang Mahathir dan keluarganya, memandangkan pernah berkhidmat dengannya dan bekas perdana menteri itu juga berkawan dngan datuknya.

"Saya sangat terkejutlah bila Mahathir sanggup pergi ke pejabat PKR, sanggup menemui Anwar, sanggup merayu semula jawatan perdana menteri, dalam keadaan 'number' (sokongan wakil rakyat) tidak menentu sama ada ada atau tidak.

"Itu sangat memeranjatkan saya," katanya pada sidang media selepas mengangkat sumpah senator di Parlimen hari ini.

Mahathir minggu lalu bermesyuarat dengan Anwar dan pimpinan Pakatan Harapan di ibu pejabat PKR, membincangkan usaha mengambil alih kerajaan daripada Perikatan Nasional.

"Bukan mudah untuk saya komen tentang Mahathir, seperti mana juga Muhyiddin. Saya ucapkan selamat maju jaya," kata Zahid.

"Saya menyeru kepada kawan-kawan saya yang berada dalam PPBM marilah kita bersatu dan memberi sokongan kepada Perdana Menteri Muhyidddin, presiden PPBM," katanya. - FMT

MR :  Tak jumpa jalan ke...

Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........MINDARAKYAThttp://mindarakyat.blogspot.com/mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS ©1439 Hakcipta Tak TerpeliharaAnda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

No comments:

Post a Comment