Ia susulan keputusan muktamad Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari ini untuk kekal mencalonkan Presidennya, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri kesembilan sedangkan umum mengetahui DAP membuat keputusan sebaliknya iaitu mahukan Dr Mahathir menjadi calon jawatan nombor satu negara itu.
"Memandangkan DAP masih tegas untuk sokong PM7 (Perdana Menteri ketujuh) jadi calon Perdana Menteri tetapi PKR kini sudah tolak secara rasmi, DAP patut ambil PM7 masuk DAP untuk menjadi presiden partinya.
"Dengan ini DAP boleh calonkan pemimpin parti sendiri jadi Perdana Menteri," tulisnya di Facebook.
Terdahulu, PKR dalam satu kenyataan hari ini menegaskan parti itu tetap terbuka untuk berbincang dengan semua pihak termasuk Dr Mahathir demi usaha menyelamatkan Malaysia dan mengembalikan mandat rakyat ke tempatnya.
Bagaimanapun, PKR memutuskan untuk tidak menyokong cadangan mencalonkan Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri dan kekal dengan konsensus Pakatan Harapan (PH) mencalonkan Anwar sebagai Perdana Menteri.
Sebelum ini, Setiausaha Organisasi DAP, Anthony Loke memaklumkan parti itu sudah membuat keputusan untuk menyokong Dr Mahathir sebagai calon Perdana Menteri PH sementara Anwar sebagai Timbalan Perdana Menteri.
Tegasnya, adalah penting untuk PKR menyatakan sama ada parti itu bersetuju atau tidak dengan cadangan tersebut dan tidak boleh ada ketidakpastian jika mahu PH melangkah ke depan. – Sinar Harian
MR : Tajam.. Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt............oo000oo...........MINDARAKYAThttp://mindarakyat.blogspot.com/mindarakyat@gmail.com
©1439 Hakcipta Tak TerpeliharaAnda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
No comments:
Post a Comment