PETALING JAYA: Dr Mahathir Mohamad menggesa pengundi menyokong calon bebas yang juga bekas ahli PPBM, Tengku Zainul Hisham Tengku Hussin pada pilihan raya kecil DUN Chini.
Bekas perdana menteri itu berharap pengundi tidak akan dipengaruhi "sogokan" daripada mana-mana pihak kerana ia akan "menghilangkan kedudukan kita".
"PPBM tidak meletakkan calon tapi saya seorang sokong calon ini," katanya di Facebook hari ini.
Mahathir, yang keahliannya "terhenti" kerana mengingkari parti dengan menyertai blok pembangkang di Dewan Rakyat, berpendapat Tengku Zainul amat sesuai walaupun sebagai calon bebas.
Keahlian PPBM Tengku Zainul juga "terhenti" serta-merta semalam kerana bertanding tanpa kebenaran parti.
Tengku Zainul berdepan pertandingan 3 penjuru menghadapi calon Barisan Nasional, Mohd Shahrim Md Zin dan seorang lagi calon bebas, Mohd Shukri Mohd Ramli.
DUN Chini mempunyai 20,990 pengundi.
PRK ini menyusuli kematian penyandangnya, Abu Bakar Harun dari BN akibat serangan jantung pada 6 Mei.
Abu Bakar mempertahankan kerusi Chini pada pilihan raya umum ke-14 dengan majoriti 4,622 undi, menewaskan calon PAS, Mohd Fadhil Noor Abdul Karim yang memperoleh 5,405 undi, dan calon PKR, Mohamad Razali Ithnain (1,065).
DUN China akan mengundi pada 4 Julai ini.
Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt............oo000oo...........MINDARAKYAThttp://mindarakyat.blogspot.com/mindarakyat@gmail.com
©1439 Hakcipta Tak TerpeliharaAnda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
No comments:
Post a Comment