Wednesday, June 24, 2020

Pelajar belajar di atas pokok bakal sambung pelajaran di UMS

KOTA KINABALU: Seorang pelajar Sabah yang mencetuskan sensasi baru-baru ini kerana sanggup belajar di atas pokok semata-mata untuk mendapatkan capaian Internet, hari ini dapat senyum lebar.

Universiti Malaysia Sabah menawarkan biasiswa kepada Veveonah Mosibin, 18, untuk mengikuti pengajian di peringkat sarjana muda di universiti itu.

Pelajar itu berasal dari Kampung Sabanalang di Pitas mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan SPM.

"UMS dengan sukacitanya menawarkan biasiswa kepada Veveonah Mosibin yang menamatkan pengajian Asasi Sains di UMS untuk menyambung pengajiannya di peringkat sarjana muda di UMS," kata Naib Canselor UMS Profesor Dr Taufik Yap Yun Hin.

Baru-baru ini Veveonah menjadi perhatian  selepas videonya tular di media sosial kerana usahanya yang bersungguh-sungguh untuk menduduki peperiksaan akhir secara talian di atas pokok untuk mengatasi masalah liputan internet di kampungnya.

"Veveonah seorang pelajar pintar dan sentiasa proaktif semasa dalam pengajian asasi sainsnya. Semoga Veveonah akan berjaya dengan cemerlang dalam pengajiannya. Tahniah Veveonah!" kata Taufiq.

# sumber 

Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........MINDARAKYAThttp://mindarakyat.blogspot.com/mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS ©1439 Hakcipta Tak TerpeliharaAnda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

No comments:

Post a Comment