-----
Pakatan Harapan (PH) dan sekutunya masih belum mencapai kata sepakat mengenai calon perdana menteri mereka.
Ketua Setiausaha PH, Saifuddin Nasution Ismail berkata, perbincangan mengenai perkara itu masih berlangsung di antara parti komponen dan rakan-rakan pembangkang.
"Saya mengikuti beberapa laporan media berkait dengan calon perdana menteri dan ingin menegaskan kenyataan-kenyataan tersebut tidak berasas dan bukannya dikeluarkan oleh Pakatan Harapan mahupun Pakatan Harapan Plus.
"Sementara kita menghormati pandangan serta komen-komen yang diberi pelbagai pihak, sayugia dimaklumkan perbincangan masih lagi dilakukan di antara komponen Pakatan Harapan dan rakan-rakan pembangkang.
"Kenyataan rasmi tentunya akan dikeluarkan apabila keputusan muktamad dicapai," katanya dalam kenyataan media.
Terdahulu, Timbalan Presiden Amanah, Salahuddin Ayub memberitahu Malaysiakini bahawa perbincangan mengenai perkara itu masih berjalan.
"Kita boleh sebut begini la, meeting in progress. Ok, still waiting. Still tunggulah kita akan membuat keputusan dalam masa terdekat," katanya tanpa menjawab soalan mengapa ia ditangguhkan.
Salahuddin berkata tiada tempoh tertentu ditetapkan untuk membuat keputusan tersebut dan hanya mengatakan mesyuarat akan diadakan dalam masa terdekat.
Sementara itu, Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil berkata 'kenyataan rasmi' mengenai perkara itu sedang disiapkan namun tidak memberitahu bila ia akan dikeluarkan.
MR : Setuju Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt............oo000oo...........MINDARAKYAThttp://mindarakyat.blogspot.com/mindarakyat@gmail.com
©1439 Hakcipta Tak TerpeliharaAnda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
No comments:
Post a Comment