Dalam satu kenyataan di Facebook, Zulkifli yang dispekulasi akan meninggalkan PKR, menggesa parti itu agar keluar dari kerajaan negeri Pulau Pinang yang dipimpin DAP.
Malah beliau turut menggesa Adun Amanah dan DAP disingkirkan dari kerajaan Selangor dan Negeri Sembilan setelah kedua-dua parti itu 'mengkhianati' Anwar Ibrahim.
"Sebagai sebuah parti yang berprinsip, Keadilan (PKR) harus ambil pendirian tegas dan mengecam komponen PH yang seolah-oleh seperti kacang lupakan kulit.
"Saya berpandangan, atas dasar prinsip dan idealisme perjuangan, wajiblah Keadilan di Pulau Pinang untuk segera ambil ketetapan dengan keluar dan menarik sokongan ke atas Kerajaan Negeri Pulau Pinang kerana keengganan DAP dan Amanah untuk mengangkat Presiden Keadilan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon Perdana Menteri.
"Bukan itu sahaja di Selangor dan N.Sembilan PKR harus keluarkan Adun DAP dan Amanah dari kerajaan Negeri kerana ia mengkhianati matlamat PKR untuk menjadikan Datuk Seri Anwar Ibrahim (sebagai PM)," jelasnya.
MR : Makin retak, makin nak terbelah Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt............oo000oo...........MINDARAKYAThttp://mindarakyat.blogspot.com/mindarakyat@gmail.com
©1439 Hakcipta Tak TerpeliharaAnda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
No comments:
Post a Comment