Saturday, June 13, 2020

Satu lagi pukulan kepada Anwar, Timbalan speaker Selangor keluar PKR

Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor, Daroyah Alwi, yang juga Adun Sementa mengumumkan keluar dari PKR.

Beliau merupakan wakil rakyat terbaru yang dikaitkan dengan Mohamed Azmin Ali meninggalkan parti itu.

Timbalan Ketua Wanita PKR itu berkata, keputusan itu dibuat kerana hilang kepercayaan terhada kepimpinan parti yang dipimpin Presiden PKR, Anwar Ibrahim.

"Saya bernombor ahli B1800073914 dengan ini ingin mengumumkan peletakan jawatan saya sebagai timbalan ketua Wanita PKR pusat, serta keluar dari parti berkuat kuasa hari ini.

"Keputusan ini dibuat kerana saya sudah hilang rasa yakin dan percaya kepada presiden juga parti yang alpa tentang idealisme perjuangan serta hala tuju parti," katanya dalam sidang media hari di Shah Alam, hari ini.

Daroyah sebelum ini menyatakan rasa tidak puas hati dengan penggantungan ketua Wanita PKR dan Adun Lembah Jaya Haniza Talha.

Daroyah dalam sidang medianya turut menyifatkan Anwar dan "pentaksubnya" gagal menjalankan amanah majoriti yang memilihnya.

Lebih malang lagi, kata Daroyah, mereka yang selama ini berkorban dengan parti telah menjadi mangsa melalui siri terancang pemecatan anggota parti itu.

Jelas Daroyah, beliau juga turut dikenakan surat tunjuk sebab kerana mempertahankan barisan kepimpinan wanita yang dikenakan tindakan tidak adil.

Justeru, tambahnya, beliau tidak mahu lagi terbabit dengan kancah perebutan kuasa politik serta pembuangan ahli beramai-ramai kerana perjuangan PKR bukan lagi untuk agenda reformasi sebaliknya bagi mendapat kuasa politik.

"Saya juga mengumumkan peletakan jawatan saya sebagai ketua Wanita PKR negeri Selangor. Keputusan saya keluar parti hari ini tidak bersendirian, malah rasa yang sama turut dikongsikan oleh 13 lagi pimpinan wanita PKR Selangor.

"Saya juga meletakkan jawatan sebagai ketua cabang Kapar bersama ahli-ahli jawatankuasa Kapar termasuk pimpinan sayap wanita dan Angkatan Muda Keadilan (AMK)," katanya lagi.

Jelasnya, selaras dengan keputusannya itu, beliau akan terus menjalankan tugas sebagai Adun dengan efektif bagi rakyat kawasan itu.

Katanya, buat masa ini beliau tidak berhasrat untuk menyertai mana-mana parti dan akan bergerak sebagai Adun Bebas.

MR :  Lagi ramai keluar lagi bagus, hilangkan kesombongan PKR

Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........MINDARAKYAThttp://mindarakyat.blogspot.com/mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS ©1439 Hakcipta Tak TerpeliharaAnda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

No comments:

Post a Comment