Usaha mereka untuk mengambil alih semula kuasa makin buntu selepas berselisih pendapat mengenai calon perdana menteri.
PKR tetap mahukan presidennya, Anwar Ibrahim menerajui kerajaan dan menolak jawatan itu diserahkan semula kepada Dr Mahathir.
Sementara itu, nama Presiden Warisan, Shafie Apdal muncul sebagai calon pilihan bagi menggantikan Mahathir dan Anwar, yang telah berseteru selama lebih daripada dua dekad.
Malam tadi, Naib Presiden Warisan, Junz Wong menerusi Facebook mengulas mengenai calon perdana menteri dari Sabah, sambil memaparkan gambar Shafie dengan keterangan berbunyi "berdiri teguh bersama DSSA"
"Aspirasi untuk melihat seorang Sabahan (atau Sarawakian) memimpin negara Malaysia sebagai Perdana Menteri suatu hari nanti bukan mustahil.
"Ia boleh termakbul dengan kesatuan hati yang teguh dan utuh," tulisnya.
Timbalan presiden Warisan, Darell Leiking juga membuat kiasan halus mengenai perkara itu.
"Ada orang meramalkan bertahun-tahun lalu bahawa untuk memperbetulkan Persekutuan Malaysia, sesiapa sahaja yang boleh diterima oleh persekutuan dan berasal dari Borneo - Sabah dan Sarawak - dapat sama-sama memimpin persekutuan sebagai PM.
"Mengapa tidak benar? Sudah 57 Tahun !" katanya.
MR : Buat apa pun rakyat dah muak Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt............oo000oo...........MINDARAKYAThttp://mindarakyat.blogspot.com/mindarakyat@gmail.com
©1439 Hakcipta Tak TerpeliharaAnda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
No comments:
Post a Comment