Dalam wawancara dengan Sin Chew Daily, bekas perdana menteri itu berharap usul tidak percaya yang dibawa olehnya terhadap Muhyiddin akan dapat dibahaskan di parlimen yang akan berlangsung dari 13 Julai hingga 27 Ogos.
Jelas Mahathir, sekiranya usul itu ditolak oleh speaker Dewan Rakyat Mohamad Ariff Md Yusof, pembangkang akan meneruskan usaha tersebut semasa proses pengundian untuk Belanjawan 2021.
Belanjawan 2021 dijadualkan akan dibentangkan di Dewan Rakyat pada 6 November.
Pada awal Mei, Mahathir memfailkan usul tidak percaya terhadap Muhyiddin setelah presiden Bersatu itu terlibat dalam Langkah Sheraton pada 23 Februari yang membawa kepada jatuhnya kerajaan Pakatan Harapan (PH).
Dalam usulnya, Mahathir mengatakan Muhyiddin tidak mempunyai majoriti Dewan Rakyat.
Usul itu ditangguhkan ke persidangan Julai, selepas persidangan sehari pada 18 Mei hanya menampilkan titah pembukaan oleh Yang di-Pertuan Agong.
Usul itu mungkin sekali lagi tidak akan dibentangkan pada persidangan Julai kerana ia biasanya mengutamakan agenda yang dibawa oleh kerajaan.
Kerajaan dijangka membentangkan RUU Covid-19 (Langkah-langkah Sementara) pada sidang akan datang.
Awal bulan ini, Pengerusi PH, Anwar Ibrahim berkata, PH Plus, gabungan tidak rasmi yang melibatkan PH, Warisan dan kem Mahathir, mempunyai 107 daripada 222 sokongan ahli parlimen.
Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt............oo000oo...........MINDARAKYAThttp://mindarakyat.blogspot.com/mindarakyat@gmail.com
©1439 Hakcipta Tak TerpeliharaAnda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
No comments:
Post a Comment