Thursday, July 2, 2020

Malaysiakini/PH anggap Lukisan hina Jata Remeh, Tempat duduk Zahid dalam mesyuarat PN besar... stupid

Malaysiakini (baca PH pasal dapat kontrak dengan PH) menjadikan isu Lokman yang dah dipecat drp BN sebagai isu. Perkara/benda simple nak kecoh-kecoh kononnya nak suruh bermasalah macam pimpinan PH. Anwar duduk sebelah Mahathir. Kalau tak covid-19 tentu mereka akan berpeluk dan bercium kalau boleh. Tapi sentiasa berperang.

UMNO - BERSATU ni macam PAS-AMANAH tapi masih boleh bersama demi rakyat.

Sifat nak pecahkan atau burukkan PN remeh-remeh pun jadi isu besar. Bila isu hina Jata negara Malaysiakini dan penyokong PH anggap isu remeh.

Kepala masuk air.Engkau orang baca berita utama Malaysiakini malam ini.

-------------

Lokman: Adakah itu nilai Umno yang menang 54 kerusi?

Seorang bekas anggota Majlis Tertinggi Umno mendakwa parti itu 'dihina' dalam suatu pertemuan membabitkan pemimpin Perikatan Nasional (PN) dan Gabungan Parti Sarawak semalam.

Menurut Lokman Noor Adam dalam pertemuan tersebut Presiden Umno Dr Ahmad Zahid Hamidi tidak duduk bersebelahan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.

Menurut Lokman, hal itu tidak sepatutnya berlaku kerana Umno merupakan parti terbesar yang membentuk kerajaan PN selepas kejatuhan Pakatan Harapan (PH).

Katanya bagi sesetengah orang isu berkenaan mungkin kelihatan remeh namun sebaliknya jika ia dinilai dengan teliti sejak wujudnya kerajaan PN.

Katanya, Umno terus diperlekehkan dan dianak tiri sejak dari pelantikan jawatan perdana menteri, timbalan perdana menteri dan anggota kabinet.

"Mata rakyat biasa akan lihat, ianya sekadar gambar. Tapi saya melihat dari mata orang politik," kata Lokman dalam satu hantaran di laman Facebooknya, hari ini.

Bersama kenyataan itu ialah sekeping gambar menunjukkan pertemuan pemimpin kanan parti kerajaan dengan Muhyiddin. Di kiri beliau ialah Presiden PAS yang juga Duta Khas Perdana Menteri ke Timur Tengah, Abdul Hadi Awang, manakala di kanannya ialah Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu merangkap Ketua Menteri Sarawak, Abang Johari Openg.

Zahid berada di sebelah Abang Johari.

MR :  Malaysiakini penyebar propanganda PH, tak hairan pasal dia bekerja dengan duit upah

Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........MINDARAKYAThttp://mindarakyat.blogspot.com/mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS ©1439 Hakcipta Tak TerpeliharaAnda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

No comments:

Post a Comment