Hanya rakyat yang akan mampu menewaskan "rampasan kuasa jahat" terhadap kerajaan Sabah, kata Majlis Presiden PH.Kenyataan itu ditandatangani Presiden PKR Anwar Ibrahim, Presiden Amanah Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.
Dalam kenyataan itu, PH menyuarakan sokongan penuh terhadap Shafie dalam menentang apa yang disifatkan sebagai cubaan jahat, tidak demokratik dan tidak bermoral untuk menjatuhkan kerajaan negeri.
"PH menyokong penuh bagi menewaskan cubaan lompat parti yang sangat cela ini – yang telah dicetuskan oleh anasir Perikatan Nasional – dengan segera membubarkan DUN Sabah dan mengembalikan mandat kepada rakyat.
"Hanya rakyat yang akan mampu menewaskan rampasan kuasa jahat yang telah dilancarkan bekas ketua menteri Musa Aman, dengan sokongan penuh Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dan Menteri Dalam Negeri Hamzah Zainuddin," katanya.
MR : PH ni bukan sahaja hancing tapi hipokrit Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
............oo000oo...........MINDARAKYAThttp://mindarakyat.blogspot.com/mindarakyat@gmail.com
©1439 Hakcipta Tak TerpeliharaAnda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

No comments:
Post a Comment