Friday, August 7, 2020

Dulu Perli PAS Kingmaker, Kini Parti Baharu Mahathir nak jadi Kingmaker juga

Selepas mengumumkan pembentukan parti Melayu dan peribumi baru, Dr Mahathir Mohamad memberitahu penyokongnya bahawa wadah baru politik itu tidak perlu menjadi besar selagi mempunyai anggota yang komited.

Katanya, parti itu mungkin tidak akan menang kerusi yang mencukupi untuk membentuk kerajaan.

Bagaimanapun, jelasnya ia boleh menjadi penentu (kingmaker) dalam menentukan blok mana yang akan menang pilihan raya akan datang.

"Bila kita bertanding, tak mungkin kita dapat cukup untuk menubuh kerajaan, tapi kita boleh menjadi satu kumpulan yang boleh menentukan siapa akan menang.

"Kalau parti kita ini kemas, kita boleh arah untuk siapa yang kita akan pilih , saya yakin kita akan main peranan penting, kerana kita akan menentukan siapa yang menang," kata Dr Mahathir kepada kira-kira 300 penyokongnya di Hotel Pullman di Bangsar, Kuala Lumpur hari ini.

MR :  Mahathir nyanyuk tak ingat apa dia kata  

Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........MINDARAKYAThttp://mindarakyat.blogspot.com/mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS ©1439 Hakcipta Tak TerpeliharaAnda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

No comments:

Post a Comment