Thursday, August 6, 2020

Foodpanda di pukul pelanggan

Tadi aku menemani sahabat rider Saudara Muzammil Abdullah @ Zam (Foodpanda) membuat laporan polis setelah beliau dipukul dengan seorang pelanggan di sebuah homestay di Taman Seri Impian, Alma, Bukit Mertajam. Tak tahu apa punca setelah sampai didepan rumah, si pelanggan tu terus keluar dari rumah (homestay) lalu maki hamun dengan perkataan kesat bermain sentimen perkauman terhadap Zam. Ada insiden dimana pelanggan membuang duit dilantai. Kemudian terus memukul Zam dibahagian badan dan menuju pula ke muka. Sahabat kami masih rasional tapi bila pelanggan meluru kearah motor dia dan 'tauk' barang2 didalam motor, Zam mula berang dan memberi tindakbalas sebab motorsikal itulah punca dia mencari rezeki untuk keluarga.

Saudara Zam juga memohon supaya perkara ini tidak menjadi isu perkauman kerana bukti rakaman CCTV dibawah telah diberikan pemilik homestay yang juga berbangsa Cina. Pemilik homestay simpati dan menyuruh sahabat kami ini membuat laporan polis dan membawa rakaman video CCTV sebagai bukti. Alhamdulillah report polis dah dibuat dengan kerjasama yang amat baik. Rupanya kami juga dapat tahu pelanggan yang sama juga telah viral baru2 ini di Tesco Alma spt link kat bawah :

https://www.facebook.com/1422465924657555/posts/2795452784025522/

Harap pihak berwajib mengambil tindakan sewajarnya sebab dah DUA kes dia buat pasai. Tak kena orang naya balik. Kami mohon semua rakyat Malaysia yang prihatin sama2 bangkit menolak perbuatan macam ni tak kira Melayu, Orang Asli, Cina, Iban, India Kadazan dll. Semua orang nak hidup aman harmoni cuma ada segelintir yang gila yang perlu ditentang habis2an. Apa2pun kami minta janganlah layan rider macam ni. Banyak isu dah rider2 macam kami teraniaya. Kami cuma nak cari makan dengan cara halal dan berkat. Kerja penghantar makanan nielah wasilah kami sara kehidupan, bantu famili dan lain2 lagi...

**Pada sahabat2 rider yang ingin bersolidariti bersama kami membuat kerja2 kebajikan dan kemanusiaan di Positive Riders Crew sila klik link telegram dibawah :

https://t.me/joinchat/D5fU3FDfy-wE-B1hEZr_OQ

*Positive Riders Crew adalah inisiatif sekumpulan riders dari pelbagai syarikat (Grabfood, Foodpanda, Bungkusit, DeliverEat, Mula, FoodNextDoor dll rakan delivery) dinegeri Pulau Pinang khususnya dan Utara Malaysia umumnya untuk bersolidariti bagi menjayakan dan mengajak rakan2 rider untuk turut serta ke program2 seperti Pengajian Agama, Kerja2 Dakwah, Kebajikan, Kemanusiaan, Rekreasi dan APA2 PROGRAM YANG MEMBERI IMPAK POSITIF KEPADA MASYARAKAT DAN DUNIA UMUMNYA...

Pakteh E Akaun Baru

#Sumber : Facebook   

MR : Isu jika ditangani baik, rakyat akan harmoni   

Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........MINDARAKYAThttp://mindarakyat.blogspot.com/mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS ©1439 Hakcipta Tak TerpeliharaAnda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

No comments:

Post a Comment