Mohd Asri, 42, berkata kejadian berlaku ketika dia masih muda dan sebelum mendapat hidayah daripada Allah SWT.
"Beginilah. Itu berlaku semasa (saya) zaman jahiliah. Masa zaman muda saya. Sebelum saya diberi hidayah oleh Allah SWT.
"Perkara itu adalah (hal) domestik antara saya dan isteri (sekarang bekas isteri). Masa itu berlaku krisis rumah tangga. Isteri saya masa itu buat laporan (polis) dalam keadaan tertekan dan apa yang berlaku sebenarnya kisah lama.
"Tak pernah naik mahkamah, tak pernah didakwa. Cuma sekadar laporan, tiada pendakwaan. Kes itu tahun 2012. Lama dah, bercerai pun pada penghujung tahun itu. Masa itu zaman jahiliah, zaman nakal saya," katanya ketika dihubungi Harian Metro di Kuala Lumpur, hari ini.
Asri Janggut berkata, malam tadi bekas isterinya hadir bertemunya untuk memberikan sokongan dan menangis simpati melihat dugaan dihadapinya.
Beliau berkata, mereka bercerai secara baik dan tiada masalah termasuk penjagaan seorang cahaya mata hasil perkahwinan yang sudah terputus di tengah jalan itu.
Mengulas mengenai dakwaan menyeleweng wang syarikat, Mohd Asri berkata: "Dahulu syarikat dijalankan berniaga burger juga, cuma saya letak nama isteri. Duit kami suami isteri, tetapi bila bergaduh dan berlaku krisis, diorang tak benarkan saya ambil duit. isteri saya marah. memang nampak seleweng.
"Mungkin laporan ditulis dalam keadaan marah, selepas kami bergaduh. dia buat laporan, tetapi selepas itu kami berdamai dan tiada isu."
Mohd Asri berkata, dia turut menerima kecaman hebat selepas menyiarkan video meminta maaf, semalam susulan terlanjur kata-kata mendakwa kebanyakan polis dan tentera tidak menjaga solat dalam petikan video tular itu.
Menurutnya, sewaktu videonya terlanjur kata itu tular, didapati daripada 100 komen netizen, kira-kira 95 daripadanya adalah komen negatif mengecamnya.
"Sekarang sudah semakin reda dan mula nampak bahagian positif. Berkenaan dengan kenyataan saya berikan sehingga menjadi satu kecaman, perkara ini berlaku nombor satu kerana kejahilan dan kelemahan saya berkomunikasi apabila berhadapan dengan awam.
"Nombor dua, kejutan budaya apabila tiba-tiba diangkat di hadapan, tiba-tiba disanjung. Nombor tiga, hasutan syaitan. Selepas kejadian itu, saya bertambah matang, semakin berhati-hati dan saya kena perbaiki kesilapan serta kelemahan saya.
"Sekarang ini saya tenang. Tiada apa-apa masalah. Saya dah boleh makan dan sudah boleh tidur lena. Semangat saya semakin kuat," katanya.
Beliau mengakui tidak pernah dicaci maki orang ramai seteruk dihadapinya akibat kesilapannya dalam kaedah penyampaian.
Katanya, kejadian dikecam teruk itu menyebabkan dia memahami perasaan individu lain termasuk pemimpin dan selebriti apabila berhadapan situasi serupa.
"Inilah mengajar saya mengenai kebijaksanaan apabila berhadapan kontroversi dan keadaan apabila berhadapan dengan wartawan, (perlu) kebijaksanaan dalam berbicara.
"Maka saya mengaku dengan seikhlasnya, demi Allah saya tiada niat untuk menyakiti hati, melukakan, membuat provokasi terhadap mana-mana anggota (pasukan keselamatan) kerana mereka adalah permata negara...kerana mereka inilah pejuang negara," katanya.
Asri Janggut berkata, dia ada menghubungi serta dihubungi rakan dalam kalangan tentera dan polis yang memahami serta sudah menerima permohonan maafnya.
Mengenai usaha berdakwah pula, katanya, beliau ada dihubungi persatuan sekolah tahfiz yang mendoakan semoga urusannya dipermudahkan.
Katanya, dia teringin bertemu penceramah bebas Ustaz Wadi Annuar sebab hampir setiap hari menonton ceramah ustaz itu di media sosial.
"Saya teringin nak jumpa ustaz Wadi Anuar kerana saya hari-hari dengar ceramahnya, boleh katakan begitu. Memang ada hasrat nak berguru lagi, mengaji lagi. Itu perlu, itu wajib.
"Berdakwah diri, memperkuatkan iman sendiri. Caj bateri la orang kata," katanya yang juga pelajar lepasan sebuah sekolah pondok di Selangor.
Berkaitan usahanya dalam membanteras kemungkaran termasuk masalah perjudian pula, katanya, dia akan tetap meneruskan tindakan itu.
"Saya tak boleh keluar lagi, tak boleh patah balik. Saya kena teruskan dan saya dapat sokongan daripada beberapa NGO menyokong untuk saya fokus kepada tujuan membantu kerajaan, polis menyelesaikan masalah judi, maksiat dan pelbagai lagi.
"Tidak akan mengundur diri daripada perjuangan. Sebab semakin hari semakin galak sokongan," katanya.
#Sumber : HMetroMR : Menngis Cybertropper PH besarkan isu ini kononnya nak kaitan atas penyokong PAS dan MN. Bodoh berita lama buat isu... Baik engkau ambil cerita Jahat Saidina Omar tulis dalam Fb engkau orang.. Mana tahu Yahudi beri bonus! Kalau tak pun Syiah Rafidah beri sokongan
Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt............oo000oo...........MINDARAKYAThttp://mindarakyat.blogspot.com/mindarakyat@gmail.com
©1439 Hakcipta Tak TerpeliharaAnda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
No comments:
Post a Comment