Thursday, August 13, 2020

Lelaki dakwa diusir dari pangsapuri akibat ‘warna kulit’

SUBANG JAYA: Seorang penyewa India diusir dari pangsapuri di Subang Jaya kurang 2 minggu selepas berpindah, dengan pihak pengurusan memaklumkan pemiliknya lebih memilih penyewa Cina.

David (bukan nama sebenar) memberitahu FMT, dia diberi masa hanya beberapa jam untuk mengosongkan kediaman itu selepas pihak pengurusan menghantar beberapa mesej WhatsApp daripada pemilik yang memintanya keluar.

"Saya pernah mendengar ia berlaku sebelum ini, namun terkejut apabila ia berlaku kepada saya," katanya sambil menyifatkan ia tidak masuk akal.

Katanya, dia sedih dan kecewa dengan apa yang berlaku.

Selepas berkongsi kisahnya di Facebook, David mendapati ramai netizen yang menyokongnya.

"Orang ramai perlu sedar ini masih berlaku di Malaysia," katanya.

David berkata, dia turut mendapatkan nasihat undang-undang mengenai perkara itu bagi tujuan pampasan.

Kejadian itu berlaku kurang 2 minggu selepas Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin berkata, undang-undang untuk mengatasi isu diskriminasi perkauman dalam pasaran hartanah akan dibawa ke Parlimen awal tahun depan.

Pihak pengurusan terbabit mengesahkan kejadian menimpa David selepas dihubungi FMT

Sumber : FMT   

MR :    

Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........MINDARAKYAThttp://mindarakyat.blogspot.com/mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS ©1439 Hakcipta Tak TerpeliharaAnda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

No comments:

Post a Comment