Friday, August 14, 2020

Sekali Lagi Mahathir Permainkan (boleh baca perkena) kepada Anwar

Saya rasa ada kemungkinan besar bahawa Nuar telah dimain sekali lagi oleh PM7.

Nuar diampunkan dan dibebaskan dari penjara pada 16 Mei 2018 iaitu kira-kira seminggu selepas PRU14 setelah Lembaga Pengampunan.memberi nasihat kepada YDP Agong masa itu.

Tapi masalahnya ialah di bawah Perlembagaan Persekutuan, sebuah Lembaga Pengampunan yang sah hendaklah terdiri daripada Peguam Negara Persekutuan, Ketua Menteri Negeri itu (dalam kes Nuar ianya Menteri Wilayah Persekutuan kerana Nuar dipenjarakan di Kuala Lumpur) dan tidak lebih daripada tiga orang anggota lain yang hendaklah dilantik oleh YDP Agong.http://www.jpapencen.gov.my/CAT…/Published/perkara42-Ma.Html

Apabila Nuar diampunkan dan dibebaskan pada 16 Mei 2018:

"Anwar bebas"https://www.bharian.com.my/…/nas…/2018/05/426377/anwar-bebas

1. Peguam Negara lama Tan Sri Apandi Ali telah diarahkan rehat.https://www.bharian.com.my/…/apandi-diarah-bercuti-serta-me…

2. Tommy Thomas hanya angkat sumpah jadi Peguam Negara hanya pada 5 Jun 2018. http://www.astroawani.com/…/agong-perkenan-pelantikan-tommy…

3. Jawatan Menteri Wilayah Persekutuan belum lagi diisi setelah BN kalah PRU14 dan Khalid Samad hanya angkat sumpah pada 2 July 2018 dan hanya mula kerja hari kemudian.https://www.facebook.com/KemWP/posts/2003146426376434

Maka persoalannya ialah: siapakah dalam Lembaga Pengampunan yang memberi nasihat kepada YDP Agong untuk mengampunkan Nuar pada 16 Mei 2018 sedangkan tiada Peguam Negara dan tiada Menteri WP masa itu?

Sebab itu peguam Mahathir, Mohamed Haniff Khatri Abdulla memberitahu mahkamah hari ini bahawa lembaga pengampunan telah memberi nasihat pengampunan tidak sah kepada YDP Agong.

Dan dengan itu, pengampunan Nuar pun tidak sah dan dia perlu masuk balik ke dalam.

Namun persoalan yang lagi besar ialah: Takkan seorang PM7 dengan pengalaman 22 tahun pada masa itu dengan segala barisan penasihat serta loyar-loyar dia (termasuk loyar yang memberitahu mahkamah hari ini bahawa pengampunan Nuar tak sah) dengan tidak sengaja melanggar perlembagaan Malaysia dengan membenarkan sebuag Lembaga Pengampunan yang tidak sah untuk memberi nasihat pengampunan yang tidak sah bagi Nuar?

Kenapa dulu peguam Mahathir tak nasihat dia?

Kenapa hanya sekarang baru peguam Mahathir sebut proses itu salah dan tak sah?

NAJIB RAZAK

#Sumber : FB   

MR :  Anwar ni dah kena lempang 2 kali, masih lagi sua muka untuk dilempang oleh Mahathir.. Ni politik jenis apa?  Boleh buang bendera PKR mata lebam tu buat bodoh diri aje

Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........MINDARAKYAThttp://mindarakyat.blogspot.com/mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS ©1439 Hakcipta Tak TerpeliharaAnda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

No comments:

Post a Comment