Friday, August 14, 2020

Selepas Terengganu, Kelantan lulus usia calon DUN 18 tahun

KOTA BHARU: Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan hari ini meluluskan Rang Undang-undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan (Bahagian 1) (Pindaan) 2020 bagi meminda kelayakan umur calon kerusi Ahli Dewan Undangan Negeri.

Pindaan itu menurunkan umur kelayakan calon daripada 21 kepada 18 tahun.

Speaker DUN Kelantan Dato' Abdullah Ya'akub berkata, sebelum ini kelayakan menjadi calon mesti berusia 21 tahun ke atas.

Namun katanya berikutan pindaan itu individu berumur bermula 18 tahun yang ingin menjadi calon boleh menawarkan diri.

"Dengan kelulusan rang undang-undang itu bakal-bakal calon pilihan raya daripada 21 tahun turun kepada 18 tahun.

"Bukan hanya boleh menjadi pengundi pada usia 18 tahun, sebaliknya juga layak menjadi calon pilihan raya," katanya ketika ditemui pada hari terakhir persidangan DUN hari ini.

Pada 25 Julai 2019 Parlimen meluluskan rang undang-undang kelayakan mengundi dan menjadi calon pilihan raya kepada 18 tahun.

Abdullah berkata, rang undang-undang itu diluluskan di DUN Kelantan untuk diselaraskan dengan Parlimen dan negeri-negeri lain. – HARAKAHDAILY 12/8/2020

#Sumber : Harakah     

............oo000oo...........MINDARAKYAThttp://mindarakyat.blogspot.com/mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS ©1439 Hakcipta Tak TerpeliharaAnda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

No comments:

Post a Comment