Kuala Lumpur, 8 Ogos: Lim Guan Eng berkata hatinya sangat pedih dah pilu apabila isterinya Betty Chew ditahan pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia pagi tadi walaupun menurutnya isteri beliau itu tiada kaitan dengan projek terowong mahupun apa-apa hal kerajaan.
"Sedikit lega apabila dia telah dilepaskan daripada tahanan. Bimbang juga jika dia ditahan bermalam di lokap SPRM seperti saya semalam." – Lim Guan Eng
( Betty akan didakwa dibawah akta akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Aktiviti Haram 2001 (AMLA) – Editor)
Tambahnya, beliau tidak bernasib baik seperti Dato Seri Najib Razak, kerana terpaksa bermalam di lokap SPRM semalam dengan memakai baju oren SPRM beralaskan lantai papan dalam bilik lokap yang sempit.
"Saya terpaksa menukar pakaian ke baju oren lokap SPRM, mengharungi tidur malam beralaskan lantai papan bilik lokap yang sempit (tanpa bantal mahupun tilam), dan tidak bernasib baik seperti Menteri Kewangan sebelum saya yang tidak perlu bermalam walau satu malam pun dalam lokap. Sama ada ini satu bentuk pilih kasih atau tidak, hanya SPRM yang boleh menjawabnya." – – Lim Guan Eng
Najib Razak walaubagaimanapun menafikan dakwaan Lim Guan Eng dan berkata beliau pernah duduk di lokap SPRM selama dua malam.
"Dia yang minta tangguh dari 3pm hingga 10pm. Entah atas alasan apa dia beri untuk tangguh. Tayar pancit lagi kot. Lalu pada 9pm, dia kata tak adil SPRM panggil dia datang lewat malam. Akhirnya, depa kata tak perlu lokap Guan Eng semalam kat SPRM. Eh… saya pun duduk lokap SPRM dua malam masa saya didakwa. Guan Eng ini spesial sangat ke?" – Najib Razak.
Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki berkata Lim Guan Eng bukanlah tertuduh pertama yang terpaksa bermalam di lokap SPRM.
Katanya, SPRM telah mengambil tindakan yang sama dalam kes yang melibatkan ahli politik lain, termasuk bekas perdana menteri Najib Razak.
"Dalam kes Lim Guan Eng ini, keputusan pegawai penyiasat (IO) kena dihormati. Tiada masalah apa-apa dan ini bukan kali pertama seorang pemimpin politik ditahan.
"Sebelum ini Datuk Seri Najib, Datuk Seri Rosmah, Datuk Seri Zahid, Datuk Seri Azeez dan beberapa lagi yang ditahan dan esok dituduh di mahkamah," – Azam Baki
#Sumber :Buletin TTKMMR : Biasalah itu cara nak kekal selepas banyak bohong rakyat
Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt............oo000oo...........MINDARAKYAThttp://mindarakyat.blogspot.com/mindarakyat@gmail.com
©1439 Hakcipta Tak TerpeliharaAnda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
No comments:
Post a Comment