Saturday, August 15, 2020

SPRM tahan bekas pembantu kanan kepada bekas menteri pelancongan

PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang bekas pembantu kanan kepada bekas menteri pelancongan, Mohamaddin Ketapi, kata sumber.

Menurut sumber itu, pihak berkuasa mencari individu berusia 29 tahun itu sejak 10 Jun lalu.

Difahamkan, suspek itu disiasat berhubung kes rasuah membabitkan RM3.7 juta yang dibayar sebuah syarikat untuk mendapatkan projek kementerian berkenaan.

"Dia menyerah diri di Ibu Pejabat SPRM semalam dan ditahan," kata sumber itu sambil menambah suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret untuk mendapatkan perintah reman.

Kes itu disiasat di bawah Seksyen 17 Akta SPRM 2009.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Ahmad Khusairi Yahaya ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu, tetapi enggan mengulas lanjut.

#Sumber :  FMT  

MR :  Nanti seorang demi seorang akan ditangkap, baharu kita kenal siapa PH sebenar  

Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........MINDARAKYAThttp://mindarakyat.blogspot.com/mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS ©1439 Hakcipta Tak TerpeliharaAnda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

No comments:

Post a Comment