Friday, August 7, 2020

Takkan senang org yg menzalimi, dan takkan susah org yg dizalimi

Bila tgk byk² video ketika & slps letupan di Beirut tu rs nya jumlah kematian mesti meningkat kan. Bangunan yg jauh dr tmpt kejadian pn musnah teruk. Apatah lg manusia.

Setakat ni ribuan dah dirawat di hosp dgn 78 kematian.

Allah.. 2020 yang sukar nak keringkan air mata. Ambil lah ikhtibar..

Yang mana masih bermasam muka sebab urusan dunia sampai terputus sillaturrahim selesaikanlah segera.. Yang mana terkecik hati tu maafkanlah saja..

Yang mana masih belum tutup aurat sempurna, masih sempat lagi nak sempurnakan yg mana terkurang..

Yang mana tak cukup waktu solat 5 waktu sehari semalam boleh dah mulakan dari saat ni..

Hidup kita di dunia ni sat saja.. Sudah²lah perli memerli orang lain.. Kita kalau taknak orang kutuk hina kita pun kena jaga kata² kita dari asik mengata orang tu bodoh, tak reti bahasa & seumpamanya.. Ketahuilah kebijaksanaan & harta kesenangan, kebahagiaan yg kita ada harini bukan sebab usaha kita semata².. Tu semua hak Allah.. Dia cuma beri tanggungjawab je..

Kita berjaya harini, tak mungkin esok lusa kita masih kukuh berdiri dgn megah.. Jagalah kata² dari menyakiti orang lain..

Ramainya muflis pahala kat socmed ni..

Tegur tanda sayang.. Bukan tunjuk pandai..

Pegang yg satu ni.. "takkan senang org yg menzalimi, dan takkan susah org yg dizalimi"

Sakit hati sabar.. Sabar sebenar bila kita mampu balas kebaikan pd org yg buat tak baik kat kita.. Org mengata ko saba je la.. Buat pe nak balas sambil mencarut? Rugi.. Tambah dosa.. 😌

peringat diri sendiri lebih lagi..

#copypaste

 

............oo000oo...........MINDARAKYAThttp://mindarakyat.blogspot.com/mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS ©1439 Hakcipta Tak TerpeliharaAnda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

No comments:

Post a Comment