KUALA TERENGGANU, 12 Ogos - Terengganu menjadi negeri terbaharu yang menurunkan had usia calon pilihan raya daripada 21 kepada 18 tahun apabila Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu meluluskan pindaan Enakmen Undang-Undang bagi diri Kerajaan Negeri Terengganu (Bab Yang Pertama) (Pindaan) 2020 hari ini.
Usul yang dibawa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paka, Satiful Bahri Mamat itu diterima sebulat suara 32 ADUN.
Satiful berkata, pindaan itu selaras dengan perkembangan di peringkat Parlimen yang memberikan kelulusan kepada individu yang berusia 18 tahun menjadi calon Parlimen.
"Jadi kita menuruti langkah itu dengan meluluskan pindaan ini sekali gus memberi kelayakan kepada mereka yang berusia 18 tahun menjadi calon ADUN mana-mana parti
"Kita bersedia untuk melaksanakan ini walaupun ada negeri-negeri yang tidak bersedia dan menolak untuk melaksanakannya," katanya ketika ditemui media selepas penangguhan Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga DUN Ke-14 di Wisma Darul Iman hari ini.
Menurut beliau, pindaan itu boleh digunapakai sekiranya Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan datang turut melibatkan DUN.
"Ini pengiktirafan kepada orang muda dengan menjadi calon dan boleh mengundi pada usia 18 tahun," ujarnya.
#Sumber : www.trdi.myUntuk dapatkan berita daripada kami secara terus,sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
............oo000oo...........MINDARAKYAThttp://mindarakyat.blogspot.com/mindarakyat@gmail.com
©1439 Hakcipta Tak TerpeliharaAnda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
No comments:
Post a Comment