Ia ekoran pendedahan fakta di media sosial apabila berlakunya perdebatan terbuka antara DS Najib dan A Kadir Jasin
Ada tiga hujah utama mengenainya.
Pertama, Kadir Jasin telah membuat pengakuan bahawa dia adalah proksi harta UMNO 1993-2000 semasa Tun M menjadi Presiden parti.
Dia menjadi pemilik saham terbesar MRCB semasa menjadi proksi dan towkay MRCB.
Kedua, rupanya ada "Trust Agreement" rahsia telah dibuat oleh Guaman Amin & Co. Ini didedahkan di Mahkamah pada tahun 2010.
Dalam "Trust Agreement" itu, pemegang saham 70% kepentingan dalam Realmild iaitu pemegang saham majoriti syarikat MRCB adalah di bawah nama "peribadi" Tun M.
Juga didedahkan Mahathir dan Guaman Amin & Co ada memiliki salinan perjanjian rahsia itu.
Ketiga, Anwar juga mengaku dalam akuan bersumpah bahawa dia tahu skandal ini kerana ketika itu dia adalah Menteri Kewangan.
Apa yang menimbulkan persoalan ialah Kadir Jasin tidak memindahkan milik saham MRCB pada tahun 2000 kepada UMNO tetapi kepada individu lain.
Di sebut juga Kadir Jasin antara yang menerima bayaran apabila saham realmild dijual.
Mana mungkin Kadir Jasin tidak dapat apa apa habuan hasil jualan saham itu. Ia melibatkan berbilion ringgit.
Mana tidaknya, masa itu, MRCB memilik 23% saham RHB Bank, 30% saham Port Dickson Power (IPP), 25% saham Malakoff Berhad (IPP), 44% saham NSTP, 50% TV3, projek KL Sentral, syarikat Telco Emartel (013) dan projek lebuhraya Ipoh-Lumut.
Itu tidak termasuk apa yang didedahkan oleh Datuk Najib pemilikan berpuluh syarikat pembinaan, kejuruteraan dan pembuatan.
Dia sindir Najib kerana dalam kes SRC, Najib tidak tahu ada orang masukkan duit ke dalam akaun peribadinya.
Tapi sekarang Kadir Jasin kata dia tidak tahu apa apa yang berlaku dalam MRCB walaupun dia adalah pemilik saham besar dan towkay MRCB yang melibatkan berbilion ringgit
Kadir kata dia hanya proksi sahaja. Ini ibarat tepuk tepung dalam dulang terpercik ke muka sendiri. Ye lah tu.
DR PUAD ZARKASHI Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt............oo000oo...........MINDARAKYAThttp://mindarakyat.blogspot.com/mindarakyat@gmail.com
©1439 Hakcipta Tak TerpeliharaAnda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
No comments:
Post a Comment