Tuesday, September 1, 2020

4 lagi angkat sumpah Senator hari ini

KUALA LUMPUR : Anak lelaki Tun S Samy Vellu, Datuk Seri S Vell Paari hari ini mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara bersama tiga yang lain.

Turut mengangkat sumpah di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara baharu, Tan Sri Dr Rais Yatim adalah Mohamad Apandi Mohamad; Ahmad Yahaya dan Datuk Wira Othman Aziz.

Vell Paari adalah lantikan Yang di-Pertuan Agong, sementara Mohamad Apandi lantikan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan serta Ahmad Yahaya dan Datuk Wira Othman Aziz adalah lantikan DUN Kedah.

Vell Paari pernah menjadi Setiausaha Agung MIC serta Bendahari Agung MIC sebelum ini.

Mohd Apandi, berkelulusan Sarjana Pengurusan Perniagaan dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), kini Yang Dipertua PAS Jeli dan pernah menjadi Ahli Parlimen Jeli dari 1999 hingga 2004.

Sementara Ahmad adalah Pesuruhjaya PAS Kedah, manakala Othman yang juga bekas Ahli Parlimen Jerlun sebelum ini namun tewas kepada bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir pada Pilihan Raya Umum (PRU) lalu.

#Sumber : BH   

   

Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........MINDARAKYAThttp://mindarakyat.blogspot.com/mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS ©1439 Hakcipta Tak TerpeliharaAnda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

No comments:

Post a Comment