Pengarah Komunikasi AMANAH Khalid Samad memberitahu, permohonan itu telah diluluskan Jawatankuasa Nasional yang mengadakan mesyuarat bulanan pada 6 September baru-baru ini.
Katanya, permohonan ini merupakan jumlah yang tertinggi bagi tempoh sebulan sejak akhir-akhir ini.
"Ia adalah tambahan kepada permohonan ulama dan ilmuan terkenal, Profesor Dr Mohamad Kamil Abdul Majid dan rakan-rakannya yang memohon untuk menyertai AMANAH pada 5 September 2020," kata beliau.
Dua hari lalu, Pakar dalam bidang Usuluddin dan Pemikiran Islam Prof Dr Mohamad Kamil Abdul Majid mengumumkan telah menyertai AMANAH dalam satu majlis di Kota Bharu Kelantan.
Penyertaan beliau dalam AMANAH akan memberikan suntikan baru kepada parti itu kerana beliau merupakan antara tokoh ulama' tersohor tanahair dan berkhidmat di Universiti Malaya lebih 35 tahun.
#Sumber : Akhbar AMANAH MalaysiaDatelineMR : Baca boleh percaya jangan! Pasal kencing hebat
Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt ............oo000oo...........MINDARAKYAThttp://mindarakyat.blogspot.com/mindarakyat@gmail.com©1439 Hakcipta Tak TerpeliharaAnda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
No comments:
Post a Comment