Friday, September 11, 2020

Anwar Ibrahim dipermainkan di Sabah?

SEMALAM Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, telah mengongsi kenyataan media Ketua Penerangan PKR Sabah, Simsudin Sidek, yang menyebut PKR akan meletakkan 14 orang calon dalam PRN Sabah 2020, iaitu di kerusi-kerusi berikut:1. N05 Matunggong2. N08 Pintasan3. N09 Tempasuk4. N14 Tamparuli5. N18 Inanam6. N20 Api-Api7. N23 Petagas8. N27 Limbahau9. N31 Membakut10. N32 Klias11. N43 Kemabong12. N45 Sook13. N51 Sg Manila14. N61 Segama

Tegas Simsudin Sidek, bilangan 14 orang calon PKR ini adalah satu peningkatan yang munasabah memandangkan bilangan kerusi DUN juga meningkat dari 60 sebelum ini kepada 73 untuk PRN Sabah 2020.

Malangnya, hari ini, berdasarkan kepada senarai calon WARISAN Plus yang diumumkan oleh Presiden WARISAN, Datuk Seri Shafei Apdal, ternyata PKR hanya diberikan 7 kerusi sahaja, iaitu:1. N05 Matunggong2. N09 Tempasuk3. N14 Tamparuli4. N18 Inanam5. N20 Api-Api6. N32 Klias7. N45 Sook

Tiada walau satu pun kerusi yang baru diwujudkan diberikan kepada PKR untuk ditandingi.

PAN pula diberikan 1 kerusi untuk ditandingi, iaitu N24 Tanjung Keramat.

Begitulah 'baik dan ikhlasnya' WARISAN di dalam berkawan dengan PKR dan PAN.

Kita tunggu sahaja reaksi pemimpin-pemimpin PKR dan PAN ke atasnya, itu pun jika ada.

DR KAMARUL ZAMAN HAJI YUSOFF#Sumber : FB   

MR : PKR makin hari makin lemah   

Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........MINDARAKYAThttp://mindarakyat.blogspot.com/mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS ©1439 Hakcipta Tak TerpeliharaAnda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

No comments:

Post a Comment