Saturday, September 5, 2020

Betul kata Tuan Ibrahim, kenapa cybertropper PH kata maklumat itu palsu

Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selangor fasa 1, 2, 3 dan Rantau Panjang kembali beroperasi secara berperingkat sejak jam 10.30 malam tadi, kata Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor).

Bagaimanapun, katanya, keempat-empat LRA berkenaan memerlukan masa selama 10 jam untuk proses pencucian dan pengepaman sebelum dapat beroperasi sepenuhnya mengisi kolam imbangan sehingga ke paras empat meter.

Kata Air Selangor proses berkenaan dijangka selesai jam 8.30 pagi ini sebelum air dapat diagihkan kepada pengguna terjejas.

"Air Selangor akan memaklumkan jadual pemulihan bekalan air mengikut kawasan setelah sistem agihan bekalan air distabilkan terlebih dahulu.

"Ini termasuk memenuhkan semua tangki-tangki utama yang kosong, memastikan tekanan air mencukupi dan memastikan tiada airlock dalam sistem perpaipan," kataya dalam satu kenyataan pagi ini.

Menurut Air Selangor bagi membantu proses pemulihan di keempat-empat LRA berjalan dengan lebih segera, mereka akan terus melakukan pelepasan air mentah dari beberapa empangan.

Empangan yang terbabit, kata Air Selangor, ialah Empangan Sungai Selangor yang melepaskan sebanyak 500 juta liter sehari (jlh), Empangan Sungai Tinggi (800jlh) dan Horas 600 (150jlh).

Operasi pengepaman kolam air pula sebanyak 2,023jlh.

Katanya keempat-empat LRA terbabit kini beroperasi merawat air dengan kapasiti maksimum sebanyak 2,850jlh.

Pada masa sama Air Selangor mendapat bantuan sembilan lori tangki daripada operator air di negeri lain iaitu Syarikat Air Negeri Sembilan Sdn Bhd (Sains), Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB), Syarikat Air Darul Aman Sdn Bhd (Sada) dan Syarikat Ranhill SAJ Sdn Bhd (SAJ).

Lori berkenaan, kata Air Selangor, membantu mengagihkan bekalan kepada pengguna yang terjejas.

"Bantuan bekalan air kecemasan yang dilaksanakan oleh Air Selangor sehingga kini adalah menggerakkan sebanyak 114 lori tangki - termasuk dari operator negeri lain - dan menyediakan 22 pili awam di kawasan yang mempunyai bekalan air.

"Tidak ketinggalan Air Selangor menempatkan 70 tangki statik di 19 pusat khidmat setempat serta mengagihkan air minum 5 liter kepada para pengguna yang terjejas," katanya.

Untuk sebarang maklumat terkini, Air Selangor akan menyampaikan butirannya dari semasa ke semasa melalui semua medium komunikasi termasuk Twitter, Facebook, Instagram dan laman sesawang www.airselangor.com.

"Para pengguna juga digalakkan untuk memuat turun aplikasi telefon pintar Air Selangor di Google Play atau Apps Store untuk mendapatkan maklumat terkini bekalan air," katanya.

MR :    Tuan Ibrahim dulu diperkecilkan keupayaannya tetapi Allah sebut jika jawatan dilantik mengikut syura sudah pasti Allah akan membantunya... Jika jawatan diperebutkan.. tunggulah masalah-demi masalah 

Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........MINDARAKYAThttp://mindarakyat.blogspot.com/mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS ©1439 Hakcipta Tak TerpeliharaAnda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

No comments:

Post a Comment