Sunday, September 6, 2020

Cadangan Kedua Pemuda Pas Untuk Mengurangkan Pengangguran

Penggalakan Graduan & Pekerja Belia Untuk Melanjutkan Pelajaran & Meningkatkan Kemahiran Melalui Pensijilan Profesional.

Berdasarkan data pada tahun 2018, sekitar 17% daripada keseluruhan graduan baharu melanjutkan pelajaran dan kemahiran ke peringkat seterusnya dan tidak memasuki pasaran pekerjaan. Sebelum ini, pihak kerajaan dalam RMKe-10 telah memperkenalkan program MyBrain15 dengan tujuan meningkatkan bilangan pemegang PhD kepada 60,000 orang di seluruh negara.Dalam konteks ini, DPPM ingin mencadangkan agar skim yang serupa diperkenalkan semula bagi membiayai pengajian graduan-graduan baharu dan pekerja-pekerja belia yang masih menganggur untuk melanjutkan pelajaran mereka ke peringkat yang lebih tinggi. Namun, untuk program baharu ini, DPPM ingin mencadangkan agar peluang pengajian harus diperluaskan kepada bidang kemahiran juga dan tidak hanya tertumpu kepada bidang akademik semata-mata. Ini bermakna, golongan sasar dalam kalangan belia boleh memilih untuk meningkatkan kemahiran mereka dalam bidang-bidang tertentu yang dilihat boleh meningkatkan kebolehpasaran mereka melalui program-program pensijilan profesional seperti dalam bidang Data Analytics, IOT, AI, blockchain, fintech dan seumpamanya. Selain itu, skim ini juga bakal memasukkan program pensijilan profesional dalam sektor pertanian dan agro-makanan dalam melatih para pekerja belia untuk menjadi petani moden dalam merejuvenasi sektor strategik negara ini.Selain itu, pembiayaan pengajian untuk peringkat Sarjana dan PhD harus lebih bersasar dengan menumpukan kepada potensi nilai-tambah yang boleh disumbangkan oleh bidang tersebut kepada ekonomi Malaysia dalam jangka masa sederhana dan panjang seperti di bawah:a. Smart Manufacturingb. Precision Agriculture & Food Securityc. Artificial Intelligence & Machine Learningd. Drone Technologye. Solar Technologyf. Palm-based Green Chemicalsg. Advanced Compositesh. Blockchain Technologyi. Advanced Medical, Pharmaceutical & Nutraceutical TechnologyProgram ini dianggarkan bernilai sekitar RM 4 bilion untuk jangka masa 3 – 4 tahun dan akan memberi manfaat kepada hampir 100,000 graduan baru dan pekerja belia tempatan.MR :  Pemuda PAS perlu lebih agresif dalam mengemukan idea untuk pembangunan negara  

Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........MINDARAKYAThttp://mindarakyat.blogspot.com/mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS ©1439 Hakcipta Tak TerpeliharaAnda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

No comments:

Post a Comment