Friday, September 4, 2020

DAP dibelakang pekebun-pekebun durian?

Pengerusi kumpulan Perikatan Selamatkan Musang King (Samka) yang ditubuhkan untuk menentang kerajaan Pahang berhubung isu tanah Pahang diceroboh untuk kebun durian ialah Wilson Chang Yee Chin.

Wilson merupakan pembantu khas ADUN DAP Balakong.

Dia juga ahli Majlis Perbandaran Kajang lantikan DAP.http://gis.mpkj.gov.my:8808/mapserver2014/MPKJMPP/taskpane/zon5.html

Entah kenapa seorang ahli majlis Kajang di Selangor sedang sibuk di Raub, Pahang pula.Ini FB dia: https://www.facebook.com/wilson.chang.9

Terang-terang dia orang DAP.

Inilah sebab rata-rata pemimpin PH dan DAP telah masuk campur termasuk Kit Siang yang telah pun bantah kenapa syarikat usaha sama kerajaan Pahang diberi nama "Royal".https://www.malaysiakini.com/news/540725

"Kita akan menyiasat latar belakang isu ini dan kita akan lihat bagaimana syarikat boleh dipanggil 'royal'," kata ahli politik veteran DAP Lim Kit Siang.

Lim berkata dengan menggunakan nama 'royal' ia akan memberi satu persepsi bahawa pekebun durian kini menentang 'royalty' (kerabat diraja).

Ini bermakna jika pun kerajaan Pahang nak berunding, mereka bukanlah berunding dengan pekebun-pekebun durian tetapi berunding dengan DAP.

Selagi isu ini dipolitikkan begitu hebat, selagi isu ini amat susah mencapai penyelesaian damai.

Saya harap media-media tempatan juga akan mula menyebut hubungan pengerusi SAMKA ini dengan DAP/PH apabila mereka melaporkan berita tentang kontroversi pekebun durian Raub.

NAJIB RAZAKMR :   DAP pengkhianat negara Malaysia 

Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........MINDARAKYAThttp://mindarakyat.blogspot.com/mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS ©1439 Hakcipta Tak TerpeliharaAnda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

No comments:

Post a Comment