Tuesday, September 1, 2020

DAP pecat lapan ahli kerana sokong wakil rakyat lompat parti

KUALA LUMPUR: DAP memecat serta-merta lapan ahlinya yang menghadiri sidang media Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Buntong, A. Sivasuramaniam yang mengumumkan keluar DAP dan menyertai parti Gerakan pada 26 Jun lepas.

Pengerusi Jawatankuasa Disiplin DAP, Chong Chieng Jen berkata, mereka ialah Dan Adriel Daniel Velloo, Angeline Phillip Joe Phillip, P. Murugiah, Joseph Hendry Kovil Pillai John, Amir Abdullah, R. Marimutu, S. Theivanai dan William John Johin Bin.

Kesemua mereka telah diberi surat tunjuk sebab namun gagal mengemukakan alasan tindakan mereka, justeru, selepas menimbang kes terbabit, jawatankuasa disiplin memutuskan keahlian mereka dalam parti ditamatkan dengan serta-merta, katanya dalam kenyataan hari ini.

Chong berkata tindakan serupa akan diambil terhadap mereka yang menyokong ahli yang menerima jawatan daripada kerajaan Perikatan Nasional (PN) atau masih membantu wakil rakyat DAP yang mengkhianati perjuangan parti.

Pada 7 Julai lepas, DAP memecat tiga ahlinya iaitu Kong Lai Ling, Ng Sook Whye dan Khi Poh Chong kerana didapati aktif membantu ADUN Tronoh Paul Yong Choo Kiong yang telah dipecat selepas mengumumkan keluar parti dan memberi sokongan kepada PN

#Sumber :. - BERNAMA    

MR : DAP pun terpias PKR   

Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........MINDARAKYAThttp://mindarakyat.blogspot.com/mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS ©1439 Hakcipta Tak TerpeliharaAnda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

No comments:

Post a Comment