Saturday, September 5, 2020

Dr Khairuddin Takiri membidas Lim Guan Eng bercakap pasal moral

MP Kuala Nerus mempersoalkan kelayakan Lim untuk berbicara soal moral, sedangkan Lim sendiri berdepan dengan pertuduhan di mahkamah.

Daripada mengulas tentang dirinya, Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Dr Khairuddin Takiri Mohd Khairuddin Aman Razali mencadangkan Lim Guan Eng memberikan tumpuan terhadap kes rasuah yang sedang dihadapi bekas menteri kewangan itu.

Ahli Parlimen Kuala Nerus itu mempersoalkan kelayakan Lim untuk berbicara soal moral, sedangkan Lim sendiri berdepan dengan pertuduhan jenayah rasuah yang menurut Khairuddin merupakan sesuatu yang tidak bermoral.

"Itu kesalahan jenayah yang sangat besar. Itu maksiat besar. Tidak bermoral!

"[...] Beliau memang ada moral ke? Kura-kura dalam perahu, pura-pura tidak tahu!" katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Khairuddin mempersoalkan moral Lim dengan membangkitkan kes rasuah banglo yang digugurkan oleh bekas peguam negara yang katanya, "dipertikaikan oleh rakyat", serta kes rasuah terowong bernilai RM6.3 bilion.

Dia turut mendakwa Lim tanpa rasa malu menipu di Dewan Rakyat bahawa wang GST dirompak, dan terkini, kes projek rundingan terus bernilai RM6 bilion semasa Lim menjadi menteri kewangan, malah Lim didakwa memberi kelulusan tanpa pengetahuan menteri berkaitan.

Dia dipercayai merujuk rundingan terus pada zaman PH yang menjadi kontroversi baru-baru ini apabila dibangkitkan di Dewan Rakyat, khususnya projek di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) yang dakwa menterinya, Zuraida Kamaruddin, diluluskan tanpa pengetahuannya.

Lim hari ini membidas PAS yang katanya mengangkat Khairuddin sebagai wira sedangkan Khairuddin dan keluarganya secara terang-terangan melanggar prosedur operasi standard (SOP) Covid-19 dengan melanggar kuarantin kendiri 14 hari setelah kembali dari Turki.

Kata ahli parlimen Bagan itu, pendirian PAS menunjukkan betapa terpesongnya sistem nilai di dalam PAS.

Malah dakwa Lim, perbuatan Khairuddin itu tidak bermoral, berdosa, dan menyalahi undang-undang, namun Khairuddin hanya dikompaun RM1,000 sedangkan ada rakyat yang melakukan kesalahan serupa didenda jauh lebih tinggi malah dipenjara.

MR :  Bercakap pasal moral tapi projek terowong entah ke mana?  

Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........MINDARAKYAThttp://mindarakyat.blogspot.com/mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS ©1439 Hakcipta Tak TerpeliharaAnda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

No comments:

Post a Comment