FATWA BITCOIN
Bitcoin yang dicipta oleh Satoshi Nakamoto dibentuk dengan matlamat menyediakan suatu perantara pembayaran yang menawarkan kemudahan alternatif 'peer to peer electronic cash system' yang membolehkan pemilik unit-unit Bitcoin memindahkan pemilikan unitnya kepada pihak lain sebagai bayaran bagi khidmat, pembelian aset atau kiriman wang (remittance) dengan lebih pantas, murah dan mudah tanpa perlu melalui medium institusi kewangan. Ia juga boleh mengelakkan caj perkhidmatan kewangan yang tinggi dan menambah baik integriti setiap pemindahan tersebut hasil penggunaan teknologi anti-godam block chain dan 'distributed legder' melalui ekosistem yang telah berfungsi.
Selain itu, Bitcoin juga didagangkan di pasaran crypto pemilikan swasta tanpa sebarang kawal selia oleh mana-mana negara, yang mana permintaan dan penawaran melalui platform perdagangan tersebut menjadikan nilai Bitcoin naik dan turun malah adakalanya kadar turun dan naiknya berada pada tahap yang sangat tinggi berbeza dengan kadar kebiasaan bagi instrumen pelaburan sedia ada yang lain.
Dalam penentuan hukum Bitcoin, terdapat banyak perbezaan pendapat di kalangan para ulama dalam menentukan klasifikasi, sifat dan status Bitcoin dari sudut kesahihan nilai dan pengiktirafannya sebagai harta bernilai (Mal Mutaqawwam). Selain itu, perbezaan seterusnya di kalangan para ulama adalah dalam menentukan hukum bertransaksi dengan Bitcoin yang merangkumi proses berdagang (menjual & membeli), menyimpan dan menggunakannya serta kewajiban zakat ke atasnya.
Setelah mendengar pembentangan dari pihak yang berpengetahuan dan berpengalaman dari sudut teknikal, pihak kami berpandangan seperti berikut :
Justeru itu, Bitcoin boleh disifatkan sebagai aset digital dalam bentuk yang unik serta mempunyai pelbagai manfaat tersendiri yang harus (mubah) khususnya bagi komuniti yang tahu mengguna dan memanfaatkannya.
Bitcoin pada ketika ini juga dianggap tidak mencukupi syarat bagi klasifikasi mata wang, maka ia tidak boleh dianggap sebagai mata wang serta tidak terpakai ke atasnya garis panduan hukum Sarf.
Diperakukan dalam Mesyuarat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis Bil 6/2018 pada 6 Disember 2018.
#Sumber : mufti.perlis.gov.myMR : Dalam banyak urusan kita kena berhati-hati...
Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt............oo000oo...........MINDARAKYAThttp://mindarakyat.blogspot.com/mindarakyat@gmail.com
©1439 Hakcipta Tak TerpeliharaAnda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
No comments:
Post a Comment