Saturday, September 5, 2020

MP DAP memang bodoh, habis MB Selangor engkau nak letak mana?

SHAH ALAM - Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago meminta Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man meletak jawatan jika kerajaan gagal mengambil tindakan terhadap syarikat yang menyebabkan pencemaran Sungai Selangor dalam tempoh sebulan.

Charles berkata, walaupun telah dikenakan kompaun RM60,000 sebelum ini, namun syarikat berkenaan tetap mengulangi kesalahan sama.

Ini kerana menurutnya, jumlah denda tersebut tidak akan menghentikan syarikat terbabit melakukan jenayah itu.

"Jabatan Kimia perlu mengambil tindakan antara dua hingga tiga minggu bagi menentukan sama ada sisa pembuangan itu mengandungi bahan radioaktif.

"Kerajaan pula perlu mengenakan tindakan terhadap syarikat tersebut bagi membuktikan perkara ini ditangani dengan serius atau Tuan Ibrahim Tuan Man sebagai Menteri Alam Sekitar dan Air meletak jawatan," ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, Ahli Parlimen DAP itu berkata, berdasarkan Akta Industri Perkhidmatan Air 2006, pemilik syarikat terbabit boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan denda tidak melebihi RM500,000 atau sebatan atau ketiga-tiganya sekali.

Selain itu menurutnya, lesen syarikat perlu dibatalkan dan tidak dibenarkan beroperasi dalam tempoh lima tahun akan datang.

"Satu juta rakyat terkesan kerana terputus bekalan air dan ramai terpaksa keluarkan belanja lebih membeli air untuk kegunaan harian keluarga, memasak dan banyak perniagaan berdepan kerugian.

"Ini menambahkan lagi tekanan kewangan rakyat dan syarikat yang sudah menghadapi kesulitan akibat pandemik Covid-19.

"Kerajaan perlu bertindak sekarang atau syarikat itu tidak akan berhenti mencemarkan sungai dan sumber air," katanya.

#Sumber : BH   

MR :    DAP ni suka selongkar punggong orang, punggong dia berkudis tak sedar

Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........MINDARAKYAThttp://mindarakyat.blogspot.com/mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS ©1439 Hakcipta Tak TerpeliharaAnda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

No comments:

Post a Comment