Saturday, September 5, 2020

Muhyiddin Calon PM berwibawa setakat ini kata Khairy Jamaluddin

Tiada yang lebih berwibawa daripada kalangan pemimpin Umno mahupun PAS untuk menjadi perdana menteri buat masa ini, kata bekas Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin.

Ahli Parlimen Parlimen Rembau itu berkata, berdasarkan kewibawaan, ia dimiliki Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.

"Selagi kita mendokong kerajaan sedia ada, maka perdana menteri yang kita dokong adalah Muhyiddin Yassin, soal PRU (pilihan raya umum) akan datang itu masih lagi dalam perbincangan.

"Kalau kita tengok daripada segi rakyat (penerimaan) telah diumumkan dapatan daripada badan penyelidikan dan itu adalah hakikat (rakyat mengakui kewibawaan Muhyiddin)," katanya seperti dilaporkan Utusan Malaysia.

Khairy berkata demikian ketika ditanya mengenai calon perdana menteri daripada Umno dalam PRU ke-15 nanti.

Pada 2 September lalu, tinjauan badan penyelidik Merdeka Center mendapati kadar penerimaan terhadap kepimpinan Muhyiddin berada pada tahap 69 peratus.

Tinjauan juga mendapati Perikatan Nasional (PN) lebih diterima umum berbanding Muafakat Nasional (MN) atau BN.

Majoriti responden Melayu menyokong Umno dan PAS menyertai PN.

Pada 1 Julai lalu, Setiausaha Agung BN Annuar Musa berkata Umno dan PAS dalam gabungan MN akan menyokong Muhyiddin sebagai perdana menteri jika pilihan raya diadakan secara mengejut.

Bagaimanapun, kata Annuar, beliau tidak dapat menyatakan pendirian MN pada masa "jauh ke depan".

Sementara itu, mengulas mengenai gesaan Pengerusi Jemaah Penasihat Umno, Tengku Razaleigh Hamzah yang meminta pemimpin Umno dalam kabinet PN segera berundur daripada jawatan masing-masing, Khairy berkata, itu bergantung kepada keputusan Majlis Tertinggi (MT) parti.

Jelasnya, jika MT Umno membuat pendirian untuk tidak lagi mendokong kerajaan sedia ada, maka itu adalah arahan untuk tidak menyertai jemaah menteri kerajaan PN.

"Setakat ini, MT Umno yang merupakan badan tertinggi parti lebih tinggi daripada mana-mana individu telah buat keputusan untuk mendukung kerajaan sedia ada, itu adalah pendirian kita dan kita kena buat pendirian secara kolektif," katanya.

Khairy juga berkata Umno wajar mendapat pembahagian kerusi paling banyak bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah berdasarkan faktor kekuatan, pengaruh dan kepemimpinan.

"Saya harap tidak ada apa-apa pertindihan supaya dapat diadakan pengagihan secara adil dan saksama dengan parti-parti lain.

"Tapi saya harap juga Umno akan bertanding majoriti kerusi sebab kalau lihat dari kekuatan bilangan kerusi diberikan kepada Umno Sabah, saya rasa perlu lebih banyak.

"Formula itu kita serah kepada pucuk pimpinan tetapi daripada segi prinsip dia, daripada segi kekuatan, daripada segi pengaruh, daripada segi kepemimpinan, saya rasa Umno wajar terima kerusi yang paling banyak," katanya lagi.

MR :  Itu keputusan MN - tak ada bezanya  

Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........MINDARAKYAThttp://mindarakyat.blogspot.com/mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS ©1439 Hakcipta Tak TerpeliharaAnda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

No comments:

Post a Comment