Perlu diingat jika pagar MN ini runtuh maka sekawanan makhluk perosak akan masuk kebun dan memusnah segala apa yang ada di dalamnya. Pemain-pemain utama dalam pasukan MN ini jangan lemah semangat dan putus asa kerana hanya di boooo oleh penyokong upahan lawan. Team Perikatan Nasional (PN) masih gagah. Pengadil pun belum tiup wisel penamat. Jangan rasa kita dah kalah hanya kerana kata-kata seorang pemain lawan yang kata kita kalah. Bukan kah kita sudah matang berpolitik?
PAS bersedia dengan semua jentera yang ada untuk mempertahankan MN waktu mana diperlukan. Kapten kedua-dua parti PAS dan Umno perlu mengasuh anak buah dengan kepatuhan dan walak yang tinggi. Kekalahan dalam PRU14 yang lalu sepatutnya sudah cukup menjadi pengajaran kepada kita.
Jangan sampai Allah ajar sekali lagi. Ingat… ajaran Allah kali kedua akan lebih mengaibkan dan menghinakan. Sebarang pengkhianatan dari luar atau dari dalam MN tetap merupakan pengkhianatan terhadap agama, ummat dan negara ini.
Oleh itu semua pihak perlu menumpukan perhatian terhadap agenda besar MN bukannya melayan perasaan atau suara-suara yang cemburukan kekuatan MN.
USTAZ MOKHTAR SENIK Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat
#Sumber : HarahdailyMR : MN menerajui negara PRU-15
Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt ............oo000oo...........MINDARAKYAThttp://mindarakyat.blogspot.com/mindarakyat@gmail.com©1439 Hakcipta Tak TerpeliharaAnda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
No comments:
Post a Comment