Sunday, September 6, 2020

Penyelididkan Ilham Centre mempersoalkan kecelaruan MN dan PN dalam menghadapi PRU-15

SHAH ALAM - Badan penyelidik, Ilham Centre menjangkakan strategi penyatuan Melayu digunakan UMNO dan Pas dalam siri Pilihan Raya Kecil (PRK) tidak akan mampu untuk bertahan lama.

Badan penyelidik itu berpendapat retorik penyatuan Melayu dan ummah itu akan teruji ketika Muafakat Nasional (MN) berunding untuk agihan kerusi bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).Felo penyelidik Ilham Centre, Profesor Madya Dr Hamidin Abd Hamid bagaimanapun berkata, isu agihan kuasa itu akan berterusan kerana tidak dapat diselesaikan kalangan parti tersebut."Ketika ini retorik penyatuan Melayu masih menjadi 'lauk utama' di meja makan pengundi. Pada masa sama bila realitinya, pengagihan kuasa dan kerusi, siapa ketua negeri, bahagian dan pusat, itu akan beri cabaran."Ini badai yang boleh melanda dan persoalan ini belum boleh diselesaikan," katanya pada program 'Wacana Pasca PRK Slim dari Slim ke Borneo: Menuju Pilihan Raya Umum ke-15' anjuran Ilham Centre dan Universiti Malaya yang berlangsung di Universiti Malaya di sini hari ini.Hadir sama, Pengarah Eksekutif Ilham Centre, Hisommudin Bakar; Ketua penyelidiknya, Profesor Madya Dr Mohd Yusri Ibrahim dan Profesor Madya Dr Awang Azman Awang Pawi serta wartawan, Chan Kok Leong.Mengulas lanjut, Hamidin berkata, kecelaruan akan bertambah jelas menjelang pilihan raya, manakala senario paling buruk akan dapat dilihat apabila berlaku pertembungan tiga penjuru antara parti komponen termasuk Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang baru menganggotai MN.Pas, UMNOSelain itu, beliau berkata, akan timbul kecelaruan memandangkan satu lagi gabungan iaitu Perikatan Nasional (PN) sudah pun dibentuk di antara parti yang kini membentuk kerajaan."Kecelaruan akan bertambah bila makin hampir menjelang pilihan raya umum terutamanya dari sudut struktur parti."Bagaimana MN dan PN akan didaftarkan, logo mana mereka nak pakai atau balik semula kepada tiga penjuru. Ini yang akan mencorakkan kerjasama," katanya lagi.Dalam pada itu, beliau turut berpandangan bahawa kemenangan besar BN pada PRK Slim tidak boleh dijadikan sebagai kayu ukur untuk menentukan sokongan dalam PRU15. MR :  Hisommudin Bakar ahli AMANAH, tak hairan mereka persoalkan kedudukan MN dan PN  

Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........MINDARAKYAThttp://mindarakyat.blogspot.com/mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS ©1439 Hakcipta Tak TerpeliharaAnda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

No comments:

Post a Comment