Menurut sumber, memang ada yang ingin mencalonkan wakil Umno untuk diundi hari ini tetapi ia bukan pendirian pimpinan UMNO sekadar cakap-cakap luaran yang sengaja diperbesarkan oleh Malaysiakini.
"Umno sememangnya tidak mengemukakan nama bagi merebut jawatan speaker Dewan Negara. Itu memang sah.
"Tiada sebarang mesyuarat tergempar (yang membuatkan Umno menarik semula cadangan itu) dan Umno memang tidak mencalonkan sesiapa," kata sumber UMNO.
Rais yang juga pengerusi Bersatu Negeri Sembilan, dipilih sebagai Yang di-Pertua baru Dewan Negara setelah mengatasi seorang lagi calon iaitu Yusmadi Yusoff dari PH.
Rais - yang dicalonkan oleh Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin - mendapat 45 undi manakala Yusmadi 19 undi.
Terdahulu, ada dua lagi nama yang disebut sebagai calon untuk kedudukan itu iaitu Mohamad Ali Mohamad (Umno) dan Theodore Douglas Lind (Warisan). Kalau UMNO meletakkan calon, ini akan memach undi dan sudah tentu calon PH ada peluang untuk menang. Lihat bagaimana berlaku dalam PRU-14 lalu.
Mohamad yang dikatakan calon UMNO memang tak ada dicalonkan manakala Theodore Douglas Lind pula dilaporkan menarik diri setelah dicalonkan.
Soalannya apa tujuan Malaysiakini mainkan isu kononnya UMNO ada calon sendiri untuk cabar Rais calon Bersatu drp Muhyiddin PM Malaysia??
MR : Malaysiakini baca boleh percaya jangan Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt............oo000oo...........MINDARAKYAThttp://mindarakyat.blogspot.com/mindarakyat@gmail.com
©1439 Hakcipta Tak TerpeliharaAnda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
No comments:
Post a Comment