PH adalah pihak paling tidak layak mempersoalkan keputusan Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun, untuk tidak mendakwa Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali atas kesalahan melanggar kuarantin wajib COVID-19.Idrus Harun, seorang bekas hakim yang diakui wibawanya dalam bidang perundangan, telah membuat keputusan sedemikian kerana tiada arahan bertulis dari penguatkuasa supaya Menteri terbabit dikuarantin 14 hari. Khairuddin telah pun diuji negatif Covid-19 ketika menjalankan tugas. Selain itu, Khairuddin telah pun dikenakan kompaun maksimum sebanyak RM1000.00 atas pelanggaran tersebut,(kompaun tidak memerlukan sebarang bukti kesalahan kecuali dicabar di mahkamah) Sebaliknya semasa PH mereka telah melantik Peguam Negara, Thommy Thomas, yang dilihat mempunyai kecenderungan politik DAP. Pejabat Peguam Negara ketika itu tanpa segan silu dan alasan yang munasabah telah menarik semula pendakwaan ke atas Lim Guan Eng yang sedang dibicarakan atas pertuduhan rasuah berjuta ringgit. Tidak kurang 17 kes lain membabitkan kepentingan politik PH telah ditarik balik, digugurkan dan diklasifikasi sebagai tiada pendakwaan. Di mana PH dan Syed Saddiq ketika itu?Ab Jalil BackerMR : PH nak jadikan isu ini sehingga PRU-15 Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt ............oo000oo...........MINDARAKYAThttp://mindarakyat.blogspot.com/mindarakyat@gmail.com
©1439 Hakcipta Tak TerpeliharaAnda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
No comments:
Post a Comment