JAKARTA: Meskipun protes semakin mengganas, Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) mempertahankan undang-undang cipta lapangan kerja (Omnibus Law) yang diluluskan Parlimen Isnin lalu.Jokowi sebaliknya mendakwa protes tercetus kerana rakyat tidak mendapat maklumat yang tepat.Tegas Jokowi, undang-undang berkenaan akan membantu mewujudkan pekerjaan buat golongan muda dan mereka yang menganggur kesan krisis ekonomi akibat pandemik COVID-19.Beliau turut meminta golongan yang membantah supaya mencabar kelulusan undang-undang itu di mahkamah perlembagaan.Protes ganas tercetus sebagai bantahan golongan pekerja terhadap undang-undang itu.Ia didakwa tidak adil, menekan hak pekerja dan menjejaskan alam sekitar.#Sumber : Astro
Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt ............oo000oo...........MINDARAKYAThttp://mindarakyat.blogspot.com/mindarakyat@gmail.com
©1439 Hakcipta Tak TerpeliharaAnda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
No comments:
Post a Comment