Tuesday, October 13, 2020

Ketua-ketua parti politik dipanggil ke Istana Negara untuk mengadap

Selepas Anwar dan Tengku Razaleigh dipanggil mengadap, sumber memaklumkan bahawa ketua-ketua parti termasuk Bersatu, Umno, Pas, DAP, AMANAH dan juga Warisan.

juga telah dipanggil dan dijadualkan mengadap YDPA.

Perdana Menteri yang juga Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang mempunyai 18 ahli Parlimen (MP) turut dipanggil ke istana hari ini.

"Lim Guan Eng dipanggil Rabu ini manakala Mohamad Sabu dipanggil Khamis," kata sumber itu.

Namun pengesahan daripada Istana Negara masih belum diperolehi sehingga kini.

MR :  Tunggu dan lihat    

Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........MINDARAKYAThttp://mindarakyat.blogspot.com/mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS ©1439 Hakcipta Tak TerpeliharaAnda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

No comments:

Post a Comment