"Hasil ujian terbaru mengesahkan beliau didapati positif.
"Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor, kini sedang menjalani rawatan di Queen Elizabeth Hospital (QEH) bagi rawatan seterusnya," katanya pada satu kenyataan malam ini.
Jelasnya, keadaan kesihatan Hajiji yang berusia 65 tahun "baik dan stabil."
"Walaupun sedang menjalani rawatan, YAB masih menjalankan tugas dan tanggungjawabnya di tempat rawatan, menerusi panggilan telefon dan sidang video (video conferencing). Kerajaan negeri berfungsi seperti biasa.
"YAB mengajak seluruh rakyat Sabah agar bertenang dan bersama-sama berdoa agar Allah SWT sembuhkan dan selamatkan Sabah dan Malaysia daripada Covid-19," katanya lagi.
Terdahulu hari ini, dilaporkan Menteri Kewangan II Sabah Masidi Manjun menafikan Hajiji dan isterinya Julia Salag positif Covid-19 dimasukkan ke hospital.
Semalam, Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah Safar Untong, dalam satu kenyataan memaklumkan Hajiji akan menjalani kuarantin kendiri selama dua minggu setelah terdedah kepada individu positif Covid-19.
MR : Ini akibat PRN Sabah... Dan sikap sambil lewa dengan penjarakan sosial Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt ............oo000oo...........MINDARAKYAThttp://mindarakyat.blogspot.com/mindarakyat@gmail.com©1439 Hakcipta Tak TerpeliharaAnda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
No comments:
Post a Comment