Friday, October 23, 2020

Najib sindir kerajaan Selangor, dron RM500k ‘sebiji’ tak bekal air

PETALING JAYA: Bekas perdana menteri Najib Razak mengesyorkan kerajaan Selangor mempertimbang mewujudkan kolam takungan air di kawasan hilir dan pinggir sungai (off river storage atau ORUS) bagi mengatasi masalah bekalan air.

"Bila air di sungai tercemar, loji akan berhenti mengambil air dari sungai. Loji akan dibekalkan air dari ORUS ini untuk tempoh beberapa hari untuk dirawat dan dibekal kepada pengguna.

"Bila air sungai bebas pencemaran, ORUS akan diisi semula dari air sungai," katanya dalam catatan di Facebook malam ini.

Dalam nada sinis, Najib berkata tindakan kerajaan Selangor meluluskan peruntukan RM2 juta untuk membeli 4 unit dron berteknologi tinggi model DJI Matrice 300 yang akan digunakan November depan bagi memantau pencemaran sungai tidak mampu menghalang segala pencemaran air atau memastikan bekalan air tidak terputus.

"Dron RM500,000 sebiji tak bekal air," katanya.

Pada 19 Oktober lalu, kerajaan negeri mengumumkan unit dron itu akan diuruskan Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) melalui skuad pantas LUAS.

Dron itu akan digunakan untuk memantau lembangan Sungai Klang, Sungai Selangor dan Sungai Langat. Ia berkeupayaan mengambil sampel air termasuk di kawasan terpencil lebih tepat dan mengesan individu pada waktu malam.

MR :  Najib kerja kuat dalam membidas 

Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........MINDARAKYAThttp://mindarakyat.blogspot.com/mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS ©1439 Hakcipta Tak TerpeliharaAnda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

No comments:

Post a Comment