Tuesday, October 20, 2020

PBS tak tanding PRK Batu Sapi

KOTA KINABALU: PBS mengesahkan tidak bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Batu Sapi yang dijadualkan pada 5 Disember depan.

Presidennya Maximus Ongkili berkata, keputusan itu dibuat pada mesyuarat biro politik parti baru-baru ini, selepas mengambil kira keadaan Covid-19 yang semakin teruk di Sabah.

"Sabah terus mencatatkan jumlah kes positif Covid-19 tertinggi di negara ini sehingga mencapai 3 angka sejak beberapa hari lalu termasuk 702 kes pada Ahad.

"Sehubungan situasi itu, PBS memutuskan menarik diri daripada bertanding di kerusi yang menjadi kubu kuat kami selama ini," katanya dalam kenyataan hari ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak) itu turut menegaskan, keselamatan serta kesihatan pengundi di Batu Sapi harus diberi keutamaan ketika ini.

"Walaupun tidak bertanding, PBS telah memaklumkan kepada pengerusi Perikatan Nasional (PN) dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) Muhyiddin Yassin yang parti itu akan memberi sokongan serta membantu mana-mana calon daripada gabungan berkenaan bagi memastikan kemenangan pada PRK itu," katanya.

PRK Batu Sapi diadakan selepas penyandangnya daripada Warisan, Liew Vui Keong meninggal dunia pada 2 Oktober lalu.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 23 November ini sebagai hari penamaan calon manakala 1 Disember sebagai pengundian awal.

#Sumber : FMT 

    

Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........MINDARAKYAThttp://mindarakyat.blogspot.com/mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS ©1439 Hakcipta Tak TerpeliharaAnda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

No comments:

Post a Comment