Friday, October 23, 2020

Pertambahan kes covid-19 selari dengan pertambahan kes dunia untuk gelombang ke-3

Jumlah kes baru Covid seluruh dunia kini mencecah 470,000 setiap hari - sekitar 20 kali ganda berbanding masa Malaysia mula melaksanakan PKP pada bulan Mac lalu.

Gelombang ketiga yang sedang menimpa kebanyakkan negara-negara barat juga berkali ganda lebih teruk berbanding awal tahun ini masa mereka melaksanakan lockdown.Misalnya, United Kingdom mencatat lebih 20,000 kes semalam manakala Perancis merekod 41,000 kes - berkali ganda berbanding kemuncak gelombang pertama yang memaksa negara mereka melaksanakan lockdown.Begitu juga dengan kebanyakan negara Eropah. Malah, benua Eropah secara keseluruhan mencecah 200,000 kes baru semalam.Keadaan dijangka bertambah teruk menjelang musim dingin utara kerana Covid lebih mudah berjangkit semasa cuaca sejuk.Ini akan memaksakan negara-negara barat untuk melaksanakan perintah berkurung yang lebih ketat tidak lama lagi.Ianya tentu akan menyebabkan ekonomi dunia bertambah rosot dan eksport Malaysia turut terjejas. Ekonomi tempatan kita pula mengalami tekanan yang semakin berat. Gelombang ketiga yang masih tinggi ketika ini serta PKP di Lembah Kelang dan Sabah telah memberi kesan yang parah kepada ekonomi Malaysia.Walaupun ramai masih dibenarkan untuk keluar bekerja dan shopping mall serta restoran masih beroperasi (tak sama dengan PKP kita bulan Mac lalu), kebanyakan rakyat tidak berani untuk keluar mengunjung dan berbelanja.Keadaan dirumitkan lagi dengan tamatnya pelbagai bantuan dan insentif dalam pakej Prihatin negara yang dlaksanakan pada PKP fasa pertama seperti moratorium pinjaman, sewa percuma dan diskaun elektrik.Jika kerajaan cuma mahu jaga defisit negara dan tidak melancarkan pakej prihatin dan ransangan ekonomi kedua yang cukup bermakna maka kemerosotan ekonomi negara akan lebih teruk daripada ramalan.Kita perlu ingat bahawa andaian dan ramalan pertumbuhan ekonomi dari BNM dan kerajaan bagi tahun ini sudah beberapa kali terbukti terlalu optimistik dan terpaksa diturunkan kemudian.Jika kita tidak bertindak segera maka negara perlu bersedia untuk berdepan dengan risiko kemerosotan ekonomi yang jauh lebih parah berbanding andaian sekarang.Perlu ingat bahawa ianya jauh lebih mudah untuk sebuah bisness ditutup atau muflis dan membuang pekerja berbanding usaha yang diperlukan untuk menggalak pelabur membuka syarikat baru.

NAJIB RAZAK

MR :  Sekarang bukan masa berpolitik 

Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........MINDARAKYAThttp://mindarakyat.blogspot.com/mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS ©1439 Hakcipta Tak TerpeliharaAnda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

No comments:

Post a Comment