Dalam keadaan yang tak menentu ni pasti perasaan dan emosi kita terganggu. Kalau korang ada rasa macam ni, cepat-cepat ambil tindakan dengan berehat sebentar dan tenangkan fikiran. Ambil nafas secukupnya dan cuba kosongkan minda sementara waktu. Semua orang tahu tentang manfaat buat epal hijau, bukan saja dapat mengelakkan kita daripada mudah sakit tetapi juga mengurangkan stress dan masalah migrin yang kronik. Masalah stres yang ditanggung seseorang itu boleh menggangu emosi dan tidak baik untuk kesihatan. Jom cuba cara ini, mudah mudahan dapat mengatasi masalah stress anda. Urut telinga secara tidak langsung membebaskan endorphin dalam otak dan membuatkan anda rasa lebih tenang. Gosok dan picit telinga anda dengan menggunakan telunjuk dan ibu jari. Kajian daripada penghidap penyakit migrain yang kronik menyatakan menghidu bau epal dan buah buahan yang citrus dapat mengurangkan dan melegakan tekanan. Jadi rajin jarin la hidu bau buah buahan yang citrus ye. Makan makanan yang boleh menghilangkan stress seperti asparagus, avocado, telur, ikan salmon, susu, badam, buah oren, chocolate dan banyak lain. Makanan ini memberi sumber vitamin C, B2, E, protein dan omega 3 yang memberi kesan menenangkan. Lakukan aktiviti senaman setiap hari sekurang kurangnya 15 – 30 minit. Tak kisah la joging, berjalan, berenang dan sebagainya. So, kalau korang rasa serabut dan stres, cepat cepat lakukan senaman dan rasai perbezaannya. Kita sememangnya cenderung untuk mengambil nafas yang pendek dimana nafas yang panjang yang akan melegakan tekanan dan membantu anda bernafas seperti normal. Nafas yang panjang juga merehatkan otot tubuh dan kurangkan kadar denyutan jantung. Jadi, kalau korang mara, sedih dan stress jangan lupa untuk mengawal pernafasan.
Selain tu, korang juga boleh cuba beberapa tips dekat bawah ni:
Khalie Azmi
#Sumber : maskulinMR :
Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt ............oo000oo...........MINDARAKYAThttp://mindarakyat.blogspot.com/mindarakyat@gmail.com©1439 Hakcipta Tak TerpeliharaAnda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
No comments:
Post a Comment