
Hatice Cengiz dan kumpulan hak asasi manusia yang ditubuhkan Khashoggi sebelum kematiannya, Demokrasi Untuk Dunia Arab (DAWN), menamakan Mohammed bin Salman dan 28 lagi individu lain berikutan kematian wartawan yang menetap di AS itu pada 2 Oktober 2018.
Cengiz menuntut ganti rugi bagi kecederaan peribadi dan kerugian kewangan atas kematian Khashoggi, manakala DAWN berkata, ia bermatlamat menuntut keadilan di atas kehilangan pengasas mereka.
"Pembunuhan kejam Khashoggi mengejutkan masyarakat di seluruh dunia.
"Tujuan pembunuhan itu jelas bagi menghentikan advokasi Khashoggi di AS yang secara prinsipnya adalah Pengarah Eksekutif DAWN di AS, untuk reformasi demokrasi di dunia Arab," memetik kenyataan saman berkenaan.
Khashoggi dibunuh di dalam konsulat Arab Saudi di Turki dan mayatnya dikerat kepada beberapa bahagian dan dibuang oleh sepasukan Arab Saudi yang didakwa diarahkan oleh orang kanan putera mahkota.
Dia hilang dan dilaporkan dibunuh ketika memasuki konsulat Arab Saudi di Istanbul pada 2 Oktober lalu, namun mayatnya masih tidak ditemui.
Selepas tekanan global terutama oleh AS dan Turki atas kematian kejam itu, 13 warga Arab Saudi dihadapkan ke mahkamah dan dijatuhkan hukuman penjara.
#Sumber : - AFPUntuk dapatkan berita daripada kami secara terus,sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt ............oo000oo...........MINDARAKYAThttp://mindarakyat.blogspot.com/mindarakyat@gmail.com
©1439 Hakcipta Tak TerpeliharaAnda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
No comments:
Post a Comment