"Umno dan Bersatu merupakan saingan bukan hanya untuk (jawatan) menteri, tetapi akhirnya mereka adalah pesaing yang mencintai kekasih yang sama - kerusi majoriti nasionalis Melayu.
"Bolehkah dua lelaki yang cemburu dan berkongsi kekasih sama menjadi teman sejati?" tulis Wong di laman Facebooknya hari ini.
Wong yang merupakan seorang ahli sains politik menjelaskan bahawa Umno dan Bersatu perlu berkongsi kawasan pilihan raya di kawasan Melayu pada pilihan raya akan datang berikutan sistem 'first past the post' yang diamalkan di negara ini.
"Isu pokoknya adalah sama ada 15 kerusi Parlimen yang diambil Bersatu dari Umno harus dikembalikan kepada Umno, dan di situ tidak boleh (situasi) menang-menang," kata Wong.
Sekiranya Umno diberi laluan, Wong meramalkan bahawa Bersatu hanya akan memenangi tidak lebih daripada 20 kerusi pada pilihan raya akan datang.
Sebaliknya, jika Bersatu diberikan laluan, maka Umno mungkin kehilangan peluang seperti apa yang berlaku pada pilihan raya Sabah.
Semasa pilihan raya umum pada 2018, Umno memenangi 17 kerusi dewan undangan negeri (Dun) Sabah.
Pada tahun berikutnya, lapan Adunnya melompat menyertai Bersatu.
Ketika pilihan raya Sabah, Umno hanya berjaya meletakkan calon di dua daripada lapan kerusi, dan hanya menang satu kerusi.
"Umno tidak mensabotaj Bersatu yang merebut 19 kerusi. Namun, Umno ada enam daripada 26 kerusi yang ditandingi menentang PBS atau Star yang dibayangi Bersatu," katanya.
Daripada enam pertandingan yang dihadapi Umno menentang PBS atau Star, Umno hanya menang satu kerusi.
Lebih memburukkan keadaan, kata Wong, parti itu tidak berjaya mendapatkan jawatan ketua menteri, walaupun merupakan parti yang memiliki kerusi terbanyak dalam gabungan Gabungan Rakyat Sabah.
Add captionWong meramalkan bahawa "gencatan politik" yang diumumkan Umno kemungkinan akan diikuti dengan rombakan kabinet.
"Mimpi buruk Bersatu tidak akan berakhir di situ. Menteri-menteri Umno akan menggunakan jawatan mereka untuk mengisi kehendak mereka untuk menghadapi Bersatu pada pilihan raya akan datang.
"Dijangka penyokong kedua-dua parti akan berebut kedudukan GLC, pelantikan politik di peringkat rendah dan kontrak tidak lama lagi," katanya.
Justeru, Wong membuat kesimpulan bahawa dua lelaki yang berkongsi kekasih yang sama itu, tidak akan berdamai.
"Perdana Menteri Muhyiddin Yassin tidak akan dapat keluar daripada masalah dan Malaysia juga tidak keluar dari perebutan kuasa," katanya.
MR : Kajian yang tak berepa ilmiah Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt ............oo000oo...........MINDARAKYAThttp://mindarakyat.blogspot.com/mindarakyat@gmail.com©1439 Hakcipta Tak TerpeliharaAnda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
No comments:
Post a Comment