Monday, October 19, 2020

Usul tak percaya apa kata bekas pegawai speaker

Setelah meneliti perenggan lima surat Yang Berhormat Mulia Tengku Razaleigh Hamzah atau Ku Li kepada Yang di-Pertua Dewan Rakyat, saya seperti faham apa yang cuba disampaikan mengenai tafsiran Perkara 62 Perlembagaan Persekutuan yang mana persoalannya adalah isu "which is which" (yang mana satu patut didahulukan).

Ia antara ketertinggian perlembagaan dan kehendak Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat.

Pada pengamatan saya sebagai mantan pegawai tugas-thas khas (PTTK) kepada Yang di-Pertuan Dewan Rakyat dan juga seorang peguam, sudut pandang ketertinggian Perlembagaan itu harus didahulukan.

Ini kerana legitimasi YAB Tan Sri Muhyiddin sebagai Perdana Menteri pada ketika ini sedang hebat dan secara signifikannya dicabar melalui pengumuman yang dibuat oleh Anwar Ibrahim semasa sidang media pada 13 Oktober 2020 yang lalu.

Saya juga bimbang jika jawapan yang diberikan oleh Yang di-Pertua Dewan Rakyat ini tidak konklusif, jauh sekali daripada menjawab persoalan keperlembagaan yang lebih pokok, malah cuba untuk mengalihkan "kesalahan" tersebut kepada pentadbiran Dewan Rakyat yang lalu.

Harus diambil maklum bahawa apa yang diminta oleh Tengku Razaleigh adalah jaminan bahawa usul tersebut dapat diangkat pada sidang Dewan Rakyat yang akan datang.

Maka di situ masih terdapat peluang di pihak Yang di-Pertua Dewan Rakyat untuk memperbetulkan keadaan.

Namun, sekali lagi jawapan yang diberikan oleh Yang di-Pertua Dewan Rakyat apabila meminta Tengku Razaleigh berbincang dengan menteri undang-undang (parlimen) adalah sangat mengecewakan dan tidak memaparkan kebebasan institusi parlimen dalam struktur pengasingan kuasa dalam negara.

WAN ANWAR WAN IBRAHIM Peguam dan bekas pegawai tugas-tugas khas Yang di-Pertua Dewan Rakyat.

#Sumber :     

MR :    

Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........MINDARAKYAThttp://mindarakyat.blogspot.com/mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS ©1439 Hakcipta Tak TerpeliharaAnda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

No comments:

Post a Comment