Tuesday, October 13, 2020

Zahid tak tahu butiran pertemuan Ku Li dengan YDP Agong

Umno tidak mengetahui Pengerusi Jemaah Penasihatnya Tengku Razaleigh Hamzah dibenarkan menghadap Yang di-Pertuan Agong sehingga ia berlaku, kata presiden parti Ahmad Zahid Hamidi.

"Saya tidak tahu mengenainya (sebelum ini). Saya hanya tahu daripada laporan media," katanya pada sidang media hari ini.

Zahid berkata demikian ketika ditanya adakah veteran Umno dan ahli Parlimen Gua Musang itu meminta izin parti sebelum menghadap Agong.

Tengku Razaleigh yang lebih dikenali sebagai Ku Li, menghadap Agong petang tadi namun tidak jelas tujuannya berbuat demikian.

Bagaimanapun, sebelum ini terdapat laporan mengatakan kemungkinan Ku Li dijangka sama ada menyatakan sokongannya atau tidak kepada Anwar Ibrahim, yang sedang mencari jalan menjadi perdana menteri baharu.

Terdahulu, ketua pembangkang itu yang mendakwa mendapat sokongan majoriti ahli Parlimen untuk membentuk kerajaan baharu, menghadap Agong.

Zahid, yang juga ahli Parlimen Bagan Datuk berkata, beliau masih menunggu undangan rasmi daripada istana jika berita mengenai Agong mahu bertemu dengan pemimpin parti politik adalah sahih.

Mengenai dakwaan Anwar mendapat sokongan sebahagian besar ahli Parlimen, Zahid berkata: "Saya tidak tahu tetapi beliau (Anwar) akan menunjukkan butiran kepada Agong."

Zahid berkata, beliau menghormati undangan Agong untuk bertemu dengan pemimpin parti.

#Sumber : inforakyat.net    

MR :  UMNO bermain teka teki  

Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........MINDARAKYAThttp://mindarakyat.blogspot.com/mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS ©1439 Hakcipta Tak TerpeliharaAnda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

No comments:

Post a Comment